Tahap Mendidik Anak
Dari bayi hingga ke usianya 7 tahun
Pada masa ini, anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibubapa. dibelai dengan penuh kasih sayang, diajak bermain, bergurau dan seumpamanya dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
Natijahnya agar anak sentiasa sedar dan fikir bahawa ibu bapa adalah rujukan terbaik
bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.
Dari usia 8 hingga 14 tahun
Dalam pada anak diasuh dengan penuh kasih sayang, anak mesti dididik dengan penuh disiplin dan diajarkan tentang pengagihan tanggungjawab tak kira di rumah atau pun di sekolah.
Dari usia 15 hingga 21 tahun
Ketika ini anak hendaklah didekati secara berkawan. Ibu bapa tidak lagi boleh marah-marah yang melampau pada anak kerana jiwa remaja mereka akan memberontak.
Jangan sesekali mengherdik apalagi memukul anak-anak tersebut.
Dari usia 21 ke atas
Berikan kebebasan kepada anak dalam membuat keputusan sendiri atas apa yang ingin mereka kerjakan. Dalam pada itu, ibu bapa mesti sentiasa pantau, pesan, doa dan nasihat anak tersebut semoga hala tuju mereka betul.
Sumber : Dr Fadzillah Kamsah
Ulasan