Urutan Bayi

Panduan Untuk Mengurut Bayi Anda
 
  • Siapkan semua peralatan seperti tuala, selimut dan minyak bayi.
  • Ambil masa, beri perhatian pada bayi sepenuhnya, elakkan memikirkan hal-hal lain yang mengganggu fikiran anda.
  • Tanggalkan cincin, gelang dan jam tangan.
  • Pastikan persekitaran adalah nyaman tetapi hangat. Tutup pendingin hawa dan kipas.
  • Anda juga harus berada dalam keadaan yang selesa.
  • Tanggalkan semua baju bayi, tinggalkan hanya lampin.
  • Tutup badan bayi dengan selimut untuk mengelakkan bayi kesejukan.
  • Sambil anda melakukan semua ini, sekali-sekala bercakaplah dengan bayi anda dengan suara yang lembut.
  • Letak sedikit minyak atau losyen pada tangan anda dan gosokkan kedua-dua tapak tangan anda untuk menghangatkan minyak tadi.
  • Mulakan dengan urutan yang lembut, pastikan bayi selesa dan mahu diurut.
  • Hentikan urutan jika bayi tidak mahu diurut. Cuba lagi di lain kali.
Kebaikan untuk bayi ialah:
  • Menenangkan bayi
  • Mengurangkan rasa tidak selesa
  • Menolong sistem penghadaman bayi
  • Membantu mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Memperbaiki sistem pernafasan

Kebaikan untuk ibu bapa:
  • Membantu ibu bapa memahami reaksi bayi
  • Membantu mengeratkan hubungan di antara ibu dan anak.
  • Meningkatkan harga diri
  • Mengurangkan tekanan

Teknik Urutan Bayi

Muka

  • Urutan muka dimulai dengan mengusap wajah bayi ke arah kiri dan kanan dengan kedua tapak tangan.
  • Selepas itu tekan lembut di tengah dahi, dan buat gerakan ke samping kiri dan kanan.
  • Buat lingkaran-lingkaran kecil di pelipis, juga ke kawasan pipi di bawah mata.
  • Kedua ibu jari mengurut alis dari tengah ke tepi kiri dan kanan.
Contoh teknik lain mengurut wajah bayi:
  • Bedakkan pada hidung. Hidung bayi "dicolek" bedak dengan jari telunjuk ibu.
  • 'Seterika' dahi dengan tapak tangan.
  • Cincin mata - buat lingkaran di sekeliling mata dengan hujung jari.
  • Lingkaran di pipi - buat lingkaran di pipi mula-mula besar kemudian makin kecil.
  • Gerakan mencubit-cubit kulit pipi.
  • Menempelkan telapak tangan di pipi lalu digoyang-goyangkan.
  • Gerakan bersiul - usahakan agar mulut bayi dimuncungkan.
Selain untuk mengurut wajah, teknik urut ini juga boleh dilakukan untuk bahagian lain badan.

Dada

  • Dada dipicit dengan telapak tangan membuat gerakan dari tengah dada ke samping.
  • Atau, gerakan membentuk gambar jantung dengan meletakkan hujung jari ibu pada ulu hati.
  • Cara lain, gerakan seperti membuat gambar jantung kecil di sekitar puting bayi.

Tangan dan Lengan

  • Urut tangan dimulai dari atas lengan bayi, tangan kanan dan kiri anda bergerak seperti memerah susu. Atau, kedua tangan melakukan gerakan memeras, memicit, dan memutar secara lembut pada lengan bayi.
  • Untuk telapak tangan bayi, gunakan kedua ibu jari anda, buat lingkaran-lingkaran kecil. Sementara keempat jari anda memijat bahagian belakang tangan bayi.
  • Jari bayi dipicit satu persatu ke arah hujung jari dengan gerakan memutar. Gerakan ini diakhiri dengan tarikan lembut pada tiap ujung jari.
  • Lengan bayi dipicit dengan gerakan menggulung dari kedua telapak tangan anda. Kemudian kedua lengan bayi dirapatkan ke badannya dan diusap lembut.

Kaki

  • Urut kaki dengan cara memegang pangkal paha bayi, lalu tangan digerakkan ke arah pergelangan kaki seperti memerah susu. atau, dua tangan bergerak bersamaan, dari pangkal paha dengan gerakan memeras, memicit, dan memutar kaki bayi secara lembut.
  • Telapak kaki diurut dengan kedua ibu jari. atau, buat lingkaran-lingkaran kecil pada telapak kaki.
  • Jari kaki dipicit satu persatu dengan gerakan memutar menjauhi telapak kaki, dan diakhiri dengan tarikan lembut pada setiap hujung jari. Bengkokkan juga setiap jari kaki bayi dan luruskan semula.
  • Betis diurut dengan kedua ibu jari.
  • Seterusnya kedua tangan membuat gerakan menggulung ke arah pergelangan kaki. Akhirnya, kedua kaki bayi dirapatkan, dan dengan halus kedua kaki bayi diusap dari atas ke bawah.

Perut

  • Untuk mengurut perut, lakukan gerakan pada perut bayi seperti mengayuh basikal, dari atas ke bawah, dengan telapak tangan kanan dan kiri secara bergantian.
  • Seterusnya, gerakan membengkokkan kedua lutut bayi secara lembut hingga menekan ke perut bayi.

Ulasan

Catatan Popular