Mahkota Pada Hari Kiamat

Anak merupakan Anugerah Allah Mereka juga adalah Amanah Allah. Sudah jelas juga didalam al Quran... mereka merupakan Ujian Allah
Anugerah, Amanah dan Ujian itulah yang berada ditangan kita Akhirat kita nanti bergantung kepada bagaimana kita 'mengurus' Anugerah, Amanah dan Ujian ini.
Syurga amatlah mahal dan perlukan usaha dan tindakan kita di dunia  sebelum menjejakkan kaki ke negeri akhirat yang kekal abadi. Kita amat bertuah, kerana dilahirkan dalam Islam. Namun biarlah Islam sebenar-benarnya dan jangan hanya pada nama. Al-Quran pula adalah petunjuk untuk kita menuju ke Syurga Idaman Itu
        خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ                      
 “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar
Al-Qur`an dan mengajarkannya
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

 “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung
dalamnya maka 
kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota padahari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Apakah, kesibukan kita di dunia yang sementara ini menyebabkan kita mengabaikan kehidupan kita yang kekal di akhirat nanti? 






lina karim

Ulasan

Catatan Popular