Peraduan F&N Ceria Raya



Assalamualaikum

Salam Ramadhan Penuh Ceria moga kita sama mendapat berkat dari bulan yang mulia ini just inform kawan2 semua khusus kaki compers F&N kini sedang mengadakan Peraduan F&N Ceria Raya dimana anda berpeluang memenangi hadiah sebuah rumah bernilai 1 juta ringgit dan banyak hadiah menarik lain seperti kereta dan wang tunai.
Kalau anda ada beli minuman seperti yang berikut baru join tau, jangan la pulak beli semata-mata nak join peraduan ini. Sebab nanti kalau tak menang, frust pulak.  Beli memang sebab anda nak minum then baru join kalau peraduan berikut mana tahu rezki kan...

Pemilihan pemenang untuk peraduan ini ditentukkan melalui no. bersiri yang dibahagi. Kiranya macam lucky drawlah, walaupun hantar 1 penyertaan, peluang nak menang tu tetap ada. Kemudian untuk penentuan hadiah utama pula, pemenang yang disenarai pendek perlu menghadiri satu cabaran penentuan.
Cara pemilihan
Semua borang penyertaan layak yang diterima oleh Penganjur dalam Tempoh Peraduan akan diberi nombor bersiri menurut Jadual BP berasaskan BP yang dikemukakan.
 
Pemilihan Pemenang: Hadiah Harian
1. Terdapat 5 (lima) Hadiah Harian selama 61 (enam puluh satu) hari berturut-turut. Sejumlah 305 (tiga
ratus lima) Hadiah Harian disediakan untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.

Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi penyertaan layak setiap hari akan dikira untuk memperoleh
jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan 5 (lima) untuk mendapatkan 5 (lima) nombor
bersiri kemenangan bagi Hadiah Harian setiap hari. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan, nombor
bersiri kemenangan akan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang dihasilkan
daripada pembahagian tersebut.
Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri penyertaan layak bagi hari tersebut berjumlah 889, maka
889 akan dibahagikan dengan 5, yang bersamaan dengan 177.8, yang seterusnya akan dibundarkan
ke bawah kepada 177. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 177. Seramai 5 (lima) Peserta bagi hari
yang ditetapkan dengan gandaan 177 iaitu 177, 354, 531, 708 dan 885 akan menjadi Pemenang
Hadiah Harian.
 
Peserta dengan nombor bersiri kemenangan masing-masing akan memenangi Hadiah Harian berupa
wang tunai RM200 (Ringgit Malaysia: dua ratus). Peserta hanya boleh memenangi satu 1 (satu) Hadiah
Harian sehari dan maksimum 2 Hadiah Harian sepanjang Tempoh Peraduan.
 
Semua Pemenang Hadiah Harian akan menerima Hadiah Harian mereka dalam bentuk cek yang ditulis
atas nama Pemenang dan dihantar melalui pos ke alamat yang dinyatakan dalam borang penyertaan
mereka. Semua Hadiah Harian mesti dituntut daripada Penganjur dalam masa 1 (satu) bulan dari tarikh
cek dikeluarkan. Semua Hadiah Harian yang tidak dituntut akan ditarik balik.

Hadiah Utama Cabaran Akhir F&N
Terdapat 5 (lima) Hadiah Cabaran Akhir F&N untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan.
 
Seramai 5 (lima) finalis (“Finalis”) akan dipilih untuk menyertai Cabaran Akhir F&N (“Cabaran”) yang
merangkumi siri cabaran-cabaran dan pusingan Hadiah Utama bagi menentukan nilai Hadiah Cabaran
yang dimenangi oleh setiap Finalis. Cabaran akan diadakan di satu lokasi awam di Lembah Klang yang
akan ditentukan oleh Penganjur.
 
Nombor bersiri yang diperuntukkan bagi semua penyertaan layak yang diterima akan dikira untuk
memperoleh jumlah besar yang kemudian akan dibahagikan dengan 5 (lima) untuk mendapatkan 5
(lima) nombor bersiri kemenangan bagi menentukan Finalis. Jika nombor mempunyai nilai perpuluhan,
nombor bersiri kemenangan akan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat, lebih rendah yang
dihasilkan daripada pembahagian tersebut.
Sebagai contoh: Jika jumlah nombor bersiri penyertaan berjumlah 8889, maka 8889 akan dibahagikan
dengan 5, yang bersamaan dengan 1777.8, yang seterusnya akan dibundarkan ke bawah kepada
1777. Nombor pengganda dalam kes ini ialah 1777. Seramai 5 (lima) Peserta dengan nombor bersiri
dalam gandaan 1777 iaitu 1777, 3554, 5331, 7108 dan 8885 akan dipilih sebagai Finalis.
 
 Hanya Finalis terpilih yang nama dan butirannya ditulis pada borang penyertaan boleh mengambil
bahagian dalam Cabaran. Kelayakan penyertaan tidak boleh sama sekali dipindahkan. Finalis akan
dihubungi menerusi telefon berasaskan nombor yang dinyatakan dalam borang penyertaan dan akan
diberikan maklumat untuk menyertai Cabaran. Penganjur akan berusaha menghubungi Finalis
menerusi nombor telefon yang dinyatakan dalam borang penyertaan atas dasar usaha terbaik dengan
maksimum 3 (tiga) percubaan. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya Peserta tidak dapat
dihubungi atas apa jua sebab.
 
Sekiranya mana-mana Finalis tidak dapat dihubungi selepas tiga [3] percubaan, tidak mahu atau tidak
dapat mengambil bahagian dalam Cabaran atas apa jua sebab, maka penyertaannya akan dibatalkan
dan nombor bersiri lebih tinggi selepas nombor bersirinya akan dipilih sebagai Finalis gantian.
Sebagai contoh: Jika Finalis dengan nombor siri 1777 tidak mahu mengambil bahagian dalam Cabaran,
penyertaan Finalis tersebut akan dibatalkan dan Peserta seterusnya dengan nombor bersiri 1778 akan
dipilih sebagai Finalis gantian.
 
Dalam apa jua keadaan, jika selepas mengesahkan penyertaan Finalis gagal untuk mengambil
bahagian pada hari Cabaran, maka Finalis tidak layak lagi menerima Hadiah Cabaran secara
automatik. Setiap Peserta boleh memenangi 1 (satu) Hadiah Cabaran sahaja.
 
Kesemua 5 (lima) Finalis terpilih mesti mengambil bahagian dalam siri cabaran-cabaran yang
ditetapkan oleh Penganjur dalam acara Cabaran untuk menentukan nilai Hadiah Cabaran yang bakal
dimenangi mereka. Kaedah pelaksanaan siri cabaran-cabaran hanya akan didedahkan kepada Finalis
di acara Cabaran. Setelah menyempurnakan siri cabaran-cabaran, Finalis Akhir dengan markah
tertinggi akan seterusnya mengambil bahagian dalam Pusingan Hadiah Utama untuk menentukan
Hadiah Cabaran yang akan dimenangi.

Sekiranya Finalis Akhir berjaya memenangi Pusingan Hadiah Utama, Hadiah Cabaran adalah seperti di
bawah:

  • Pemenang Pusingan Hadiah Utama akan memenangi Hadiah Utama berupa sebuah rumah teres
    20’ X 80’ (ruang binaan 2,429 kaki persegi) di No 9, Jalan U1/88A, Section U1A, Laman Glenmarie,
    Shah Alam, Selangor bernilai RM1,000,000 (Ringgit Malaysia: Satu Juta).
  • Finalis dengan markah kedua tertinggi akan memenangi Hadiah Pertama berupa Toyota Innova
    2.0E M/T bernilai RM97,000 (Ringgit Malaysia: sembilan puluh tujuh ribu).
  • Finalis dengan markah ketiga tertinggi akan memenangi Hadiah Kedua berupa Nissan Almera 1.5L
    E A/T bernilai RM63,000 (Ringgit Malaysia: Enam Puluh Tiga Ribu).
  • Finalis dengan markah keempat tertinggi akan memenangi Hadiah Ketiga berupa Set Teater di
    Rumah yang terdiri daripada 1 (satu) TV UHD 65” Samsung (65JS9000), 1 (satu) Sistem Teater di
    Rumah Samsung (HTF9750W) & 1 (satu) Pembesar Suara JBL (SB400) bernilai RM30,000
    (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Ribu).
  • Finalis dengan markah terendah akan memenangi Hadiah Keempat berupa wang tunai bernilai
    RM10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu).
Sekiranya Finalis Akhir tidak berjaya memenangi Pusingan Hadiah Utama, Hadiah Cabaran adalah
seperti berikut:

  • Finalis Akhir akan memenangi Hadiah Pertama berupa Toyota Innova 2.0E M/T bernilai RM97,000
    (Ringgit Malaysia: Sembilan Puluh Tujuh Ribu).
  • Finalis dengan markah kedua tertinggi akan memenangi Hadiah Kedua berupa Nissan Almera 1.5L
    E A/T bernilai RM63,000 (Ringgit Malaysia: Enam Puluh Tiga Ribu).
  • Finalis dengan markah ketiga tertinggi akan memenangi Hadiah Ketiga Set Teater di Rumah yang
    terdiri daripada 1 (satu) TV UHD 65” Samsung (65JS9000), 1 (satu) Sistem Teater di Rumah
    Samsung (HTF9750W) & 1 (satu) Pembesar Suara JBL (SB400) bernilai RM30,000 (Ringgit
    Malaysia: Tiga Puluh Ribu).
  • Seramai 2 (dua) Finalis dengan markah terendah masing-masing akan memenangi Hadiah
    Keempat bernilai RM10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) tunai.
 Semua Hadiah Cabaran mesti dituntut daripada Penganjur dalam masa 2 (dua) bulan dari tarikh
Hadiah Cabaran disediakan untuk kutipan. Semua Hadiah Cabaran yang tidak dituntut akan ditarik
balik.


Untuk serta klik di sini


Ulasan

Catatan Popular