4 Hikmah Dan Kebaikan Menunaikan Aqiqah Untuk Anak-Anak



Dalam hadis ada menyebut yang bermaksud: “anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya, maka disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dan pada hari itu juga diberi nama dan dicukur kepalanya”. Maksud dari sabdaan Nabi saw “TERGADAI” ada dua maksud yang disebut oleh ulama iaitu anak akan membesar dan berbakti kepada ibubapanya adalah bergantung kepada aqiqah yang dilaksanakan untuknya. Makna yang kedua ialah ibubapa akan dapat kebaikan di akhirat dari anaknya bergantung kepada aqiqah samada dilaksanakan atau tidak.
Dari hadis tersebut jelaslah tentang pentingnya aqiqah untuk kebahagian ibubapa dan anak. Jika ada anak yang susah dengar nasihat atau degil atau pada zahirnya menyusahkan ibubapa maka perhatikanlah juga dari sudut aqiqah, adakah telah dilaksanakan atau belum. Jika telah dilaksanakan adakah ianya sempurna atau tidak.
Selain dari kebaikan tersebut yang diperolehi dari aqiqah ulama juga menyatakan beberapa hikmah lain yang Allah sediakan dalam ibadat aqiqah, antaranya ialah:
1. Menimbulkan rasa gembira dengan ni’mat Allah yang telah membantu, memudahkan dan menyelamatkan ibu dan anak sepanjang proses mengandung hingga bersalin. Tanpa bantuan dan kasih sayang Allah tiada siapa yang boleh bantu si ibu dan anak.
2. Meningkatkan rasa syukur atas anugerah Allah iaitu anak. Anak adalah perhiasan dan hiburan yang Allah kurniakan di dunia seperti firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 14 dan surah Al-Kahfi ayat 46. Dari sifat syukur tersebut Allah sayang hambaNya kerana sesiapa yang bersyukur pasti Allah meredoinya dan pasti Allah akan tambah lagi nikmat seperti yang Allah janjikan dalam surah az-Zumar ayat ketujuh dan surah Ibrahim ayat ketujuh juga.
3. Mengeratkan tali silaturrahim dengan memberi makan daging aqiqah samada kepada saudara mara terdekat atau sesiapa sahaja. Amalan mengeratkan silaturrahim akan mendatangkan kebaikan-kebaikan yang lain seperti lapangnya rezeki, diberkati kehidupan dan lain-lain kebaikan.
Itulah antara kebaikan dan hikmah dari ibadat aqiqah. Bukan sedikit dan tidak kecil rupanya kebaikan yang Allah beri dalam perlaksanaan aqiqah ini. Alhamdulillah. Setakat ini dahulu, bersambung kita dalam artikel yang berlainan.
Sekiranya anda ingin membuat tempahan, boleh klik salah satu butang di bawah:





Ulasan

Catatan Popular