Belajar Semasa Tidur


Amatlah rugi jika amalan Best (Belajar Semasa Tidur) ini jika tidak dilakukan dari anak itu masih kecil. Usia bayi ini adalah usia ia mudah menyerap apa sahaja dimasa jaga dan dimasa tidurnya. Ia membolehkan seseorang mudah menghafal al Quran pada waktu ia mahu mula menghafalnya nanti. Dan yang paling penting adalah ia memperkuatkan apa yang telah dihafalnya sewaktu jaganya tadi.

Gunakanlah kemudahan yang sedia ada dizaman ini untuk memudahkan usaha mengajar dan belajar untuk anak-anak kita. Kemudahan yang dimaksudkan adalah seperti MP3 Player, radio CD dan sebagainya.

Seperti yang dinyatakan oleh Saidina Umar Al-Khattab, “Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu dulu kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman mu”.

Bukan sahaja kemudahan elektronik yang berlainan antara zaman dahulu dan sekarang, malah ia juga termasuk kemudahan mendapatkan ilmu. Contohnya, anda mendapatkan ilmu didalam buku atau ebook yang dibaca ini tanpa keluar dari rumah untuk membelinya.

Semoga buku ini membantu dalam menyampaikan ilmu ‘lama’ ini yang mungkin adalah ilmu terbaru bagi diri pembaca seperti anda.

Ulasan

Catatan Popular