Ragam Anak
1. Setiap bayi adalah berlainan... Elakkan membandingkan anak anda dengan abang/kakaknya atau bayi orang lain.. Asalkan bayi sihat dan mengikut carta perkembangan yang disyorkan, okay lah tu... Jika anda terlalu risau perkembangannya, bercakaplah dengan doktor anda....
2. Oleh kerana tak sabar, si ayah yang menunggu anak kecil 3 tahunnya mengisi susu di dalam cawan memarahi anaknya... "Apa ni? Tumpah tumpah..." Biar anak buat silap, jangan marah.. dia dalam proses belajar... Jika dimarahi terencat keinginannya lain kali untuk belajar... lagipun dia lebih cepat belajar kalau dia buat salah.... Cuba cakap baik-baik... "Kakak.. tuang susu begini...."
3. Anda tahu bagaimana ketam berjalan? Ke sisi! Jadi, anda jangan jadi seperti ketam, ajar anak berjalan lurus... sedangkan diri sendiri.... Tunjuk contoh yang baik... kerana si kecil sentiasa melihat anda.. dan dia akan cuba meniru! Ini pun bagus untuk kita sendiri... secara tak langsung kita pun akan amalkan nilai-nilai baik, adab sopan dalam hidup kita walaupun mungkin mula-mulanya hanya di depan anak! :-)
4. Kadang-kadang kita berhadapan dengan cakap-cakap orang yang mengajar kita tentang cara menjaga anak... kadang-kadang betul, tapi kadang-kadang tak semuanya betul..... maka... anda kene percaya naluri keibuan anda.... jika anda rasa anak anda dah cukup dengan susu badan dan sedikit makanan pelengkap, maka tak perlulah terusik dengan kata orang yang anak anda tak kenyang....
5. Sekali-sekala, jangan buat apa-apa! Biarkan anak main sendirian, tanpa aktiviti yang kita rancang... Kita cuma kena awasi je dia... Dengan cara ni dia akan bosan, akhirnya dia akan menggunakan kretivitinya sendiri untuk mencipta aktiviti yang boleh buatkan masanya terisi... Mungkin dia akan main bawang di dapur, atau menconteng kertas, menyusun hanger... biarkan.. biarkan...
6. Anda mungkin dah tetapkan, makanan tak boleh jadi hadiah, makanan tak boleh jadi hukuman... sesekali timbangkan semula peraturan yang anda buat tentang hadiah... beri dia biskut jika dia berhenti mengamuk ketika anda membeli-belah... tapi hanya sesekali tau... kalau dibuat kerap, dia akan anggap biskut, gula, atau permainan lebih bernilai daripada pelukan dan ciuman anda kerana dia berkelakuan baik...
7. Kalau anak buat silap, jangan terus dihukum... tengok dulu, periksa dulu, tanya dulu, kenapa dia buat begitu... Anak anda bukan sengaja berkelakuan tidak baik... Adik dipukulnya, mungkin kerana kita tidak memberikan perhatian sewajarnya kepada dia... mentang-mentanglah baru dapat baby baru... atau pinggan dibalingnya, mungkin kerana kita dia bukan nak makan, tapi dia cuma nak minum susu....
8. Anak anda semakin lama semakin besar... maka anda kene belajar terima perubahan! Jika dulu mungkin dia suka main mainan yang anda belikan tu.. tapi selepas beberapa lama, mungkin mainan tu tak terusik pun...
Ulasan