Rangsangan Awal
- Rangsangan awal telah dikaitkan dengan pembentukan akal bayi. Sebagai ibu bapa, kita mahukan anak-anak kita menjadi gembira, sihat dan cerdas. Kita mahu mengetahui cara-cara meningkatkan potensi fisikal dan mental anak-anak kita. Bayi yang baru dilahirkan tidak hanya makan, tidur dan buang air sahaja . Mereka dapat melihat, mendengar dan tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Apa yang boleh saya lakukan untuk merangsang pemikiran
bayi saya?
bayi saya?
- Anda boleh menyediakan persekitaran yang dapat merangsang bayi anda supaya dapat menggunakan pancainderanya. Dalam tahun pertama bayi, sediakan keadaan yang baik dan berkesan untuk meransang pembangunan bayi secara fisikal, emosi, interaksi dan juga mental. Anda perlu berinteraksi dengan bayi seberapa banyak yang mungkin. Inilah yang akan membantu mempercepatkan pembangunannya.
Perkara-perkara yang boleh dilakukan:
- Sayangi bayi anda
Bayi memerlukan kasih sayang sepenuhnya daripada anda untuk merangsang pembangunan mentalnya. Belaian ibu dan ayahnya yang lembut inilah yang akan meningkatkan harga dirinya. Tunjukkan kepadanya yang dia orang yang paling penting dalam hidup anda dan anda akan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Hubungan yang rapat dan mesra boleh merangsang anak anda. - Berbual dan menyanyi kepada anda anak anda
Gunakan berbagai-bagai kosa kata, intonasi, gaya dan perasaan untuk bercakap atau menyanyi. Pandang bayi semasa bercakap kerana bayi gemar melihat wajah seseorang dan mendengar suara. Gunakan setiap peluang untuk bercakap dengannya; semasa menukar lampin, memberi susu atau semasa bersiar-siar di luar rumah. - Tumpukan perhatian dengan segera jika bayi anda menangis
Ini cara bayi berhubung dengan anda. Tunjukkan pada bayi yang anda mendengar dan memberi tumpuan supaya bayi merasa selamat dan yakin bahawa anda sentiasa bersamanya. - Pegang bayi anda
Ada banyak kesan yang baik bagi anak dan anda. Pelajari cara-cara mengurut dan merangsang bayi anda. - Biarkan bayi mengalami keadaan persekitaran yang baru
Bawa bayi bersama untuk bersiar-siar, menaiki kereta atau berjumpa dengan orang-orang di sekelilingnya. Lebih banyak pendedahan kepada keadaan persekitaran yang berlainan lebih banyak pengalaman baru untuk bayi anda. - Galakkan bayi mengulangi perbuatan atau percakapan.
Bayi anda senantiasa melihat dan mempelajari sesuatu daripada anda. Galakkan dia memberi respon kepada anda. - Bermain dengan bayi anda.
Bermain ialah satu cara bayi dapat mempelajari sesuatu daripada keadaan. Awasi apa yang bayi anda suka lakukan. Jangan memaksa anak untuk mempelajari sesuatu. Cuba tenang dan riang semasa melakukan aktiviti-aktiviti itu.
Merangsang Penglihatannya
- Bayi mempunyai daya penglihatan yang berkembang pesat dalam masa enam bulan pertama. Pada waktu baru dilahirkan, penglihatannya agak kabur tetapi selepas bulan pertama bayi akan dapat melihat sesuatu obkek dan mengikut pergerakan objek itu dengan pandangannya. Bayi suka melihat wajah-wajah orang di sekelilingnya. Jadi luangkan banyak masa melihat bayi dari jarak dekat.
Bagaimana merangsang daya penglihatan bayi saya?
- Menunjukkan bayi anda berbagai-bagai benda di sekelilingnya.
- Tukarkan kedudukannya untuk mengalih pandangan di sekelilingnya.
- Tunjukkan berbagai warna yang berbeza seperti warna putih dan hitam dan warna-warna garang seperti merah.
- Gantungkan mainan setinggi 30cm daripada mukanya ketika berbaring.
- Tunjukkan buku-buku yang mengandungi warna-warna menarik.
Bagaimana merangsang daya pendengaran?
- Daya pendengaran bayi sudahpun berkembang semasa bayi di dalam
rahim ibu lagi. Bayi gemar mendengar suara-suara manusia. Jadi luangkan
masa untuk bercakap dan menyanyi.
Untuk merangsang daya pendengaran anak anda, anda boleh:
- Bacakan buku kepada anak anda.
- Nyanyikan lagu-lagu kanak-kanak (yang mengandungi banyak perkataan-perkataan yang diulang-ulang)
- Mainkan permainan yang mengeluarkan musik yang tidak begitu kuat.
- Mainkan berbagai jenis lagu.
- Membaca doa-doa dan surah-surah dari Al-Quran
Bagaimana merangsang daya rasanya?
- Bayi yang selalu didakap dan dibelai akan merasa disayangi dan tenteram.
Peluk, cium dan dakap bayi seberapa kerap yang anda suka. Untuk merangsang daya rasa anak anda, anda boleh: - Mempelajari cara-cara mengurut anak anda
- Biarkan bayi memegang berbagai jenis bahan seperti permadani, sutera, bulu-bulu haiwan yang lembut dsbnya.
- Biarkan dia memegang permainan yang berbagai rasa dan bercakap mengenainya.
Bagaimana merangsang pembangunan fizikalnya?
- Anda boleh merangsang pembangunan fisikal anak anda dengan mengalakkannya bergerak.
Galakkan bayi yang membesar supaya:
- Berlatih untuk duduk.
- Bergolek.
- Menjulur dan merangkak.
- Memegang dan menggengam.
- Mencapai sesuatu barang.
- Menggalakkan koordinasi pergerakan mata dan tangan.
learnig kid or birth
Ulasan