Petua Untuk Ibu Bapa
Doakan Anak Ketika Menyusu
Ketika menyusu bayi, ibu digalakkan membaca doa yang baik untuk kesejahteraan anak, ayat al-Quran serta harapannya supaya anak itu menjadi orang berguna. Ruang mendoakan anak terbuka selebar-lebarnya ketika menyusu anak. Melalui cara itu, anak bukan saja sihat daripada segi fizikal dan mental, tetapi juga rohani - Dr Robiah Kulop Hamzah, Susu ibu semai kasih, hmetro
Pilih susu terbaik untuk anak anda.
Mengikut turutan, (1) terbaik :
1) susu ibu,
2) susu ibu yang diperah,
3) susu ibu lain,
4) susu formula.
- WHO (World Health Organization)
Pucuk betik untuk tambah susu badan
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari. - Fatan Hamamah, Potensi Tumbuh-tumbuhan Sebagai Ubat-ubatan dan gemini26576.tripod.com, gambar:rimbundahan.com
Menyusu Badan Membuatkan Payudara Jatuh?
Kepercayaan yang mengatakan bahawa menyusu badan boleh menyebabkan payudara seseorang wanita itu jatuh adalah tidak benar. Kajian oleh Pertubuhan Pakar Bedah Plastik Amerika menidakkan dengan kajian terbaru mereka. Apa yang mempengaruhi 'kejatuhan payudara' adalah BMI, sejarah merokok, umur dan saiz bra yang besar sebelum mengandung.
Air susu ibu tidak ada berkahnya
Al Ghazali menyatakan: "Air susu ibu yang keluar dari makanan haram tidak ada berkahnya. Jika terserap anak kecil, maka jasmaninya terbentuk dengan materi yang buruk. Akhirnya perangainya cenderung kepada tindakan-tindakan yang buruk".
Susu Ibu Penyembuh
Susu ibu mampu menyembuhkan kesakitan ringan pada bayi. Bayi yang mengambil vaksin, seelok-eloknya terus diberikan susu ibu selepas mengambil suntikan ntuk melegakan kesakitan pada bayi dan mengelakkan demam.
Saiz payudara
Kapasiti penyimpanan susu ibu berbeza antara setiap ibu. Wanita dengan payudara yang lebih besar boleh menyimpan lebih banyak susu dalam payudaranya dan mungkin dia tidak perlu menyusukan bayi sekerap wanita dengan payudara yang lebih kecil. Namun begitu, saiz payudara seseorang ibu itu tidak memberi kesan kepada keupayaannya meyusukan bayi.
Saiz payudara
Kapasiti penyimpanan susu ibu berbeza antara setiap ibu. Wanita dengan payudara yang lebih besar boleh menyimpan lebih banyak susu dalam payudaranya dan mungkin dia tidak perlu menyusukan bayi sekerap wanita dengan payudara yang lebih kecil. Namun begitu, saiz payudara seseorang ibu itu tidak memberi kesan kepada keupayaannya meyusukan bayi.
Susu Ibu Melindungi Daripada Asma
Memberi bayi yang belum berusia 4 bulan susu lain selain daripada susu ibu meningkatkan risiko menghidap asma ketika usianya 6 tahun nanti (Dell & To, 2001; Oddy, 2000). Penyusuan susu ibu memberikan perlindungan terhadap asma pada kanak-kanak terutamanya jika kanak-kanak tersebut terdedah kepada asap rokok (Chula et al., 2003). - Jan Riordan, EdD, RN, IBCLC, FAAN, Breastfeeding and Human Lactation, 3rd Ed.
Sebut dengan jelas dan terang
Sebut perkataan satu demi satu dengan jelas dan intonasi yang menyenangkan. Bayi anda suka memerhatikan bibir anda bergerak-gerak bila anda bercakap dengannya. Proses ini penting untuk merangsang kebolehan bayi mendengar dan membezakan bunyi suara. Seterusnya memberi kesan kepada kebolehan bayi untuk membaca dengan baik. - Dr. Maria Montessori
Vitamin untuk Menambah Selera Makan Anak
Vitamin untuk Menambah Selera Makan Anak
Ramai ibu berpendapat selera anak mereka meningkat selepas diberi vitamin tersebut. Adakalanya bekalan bahan-bahan seperti lysine, zine, besi, vitamin B boleh meningkatkan seleranya. Kemungkinan ada juga faktor- faktor lain mempengaruhi selera anak dan bukan hanya vitamin tersebut semata- mata. Perhatian yang lebih, insentif serta suasana yang merangsang selera si anak juga turut memain peranan. - Kanak-kanak Yang Tidak Mahu Makan, HamidArsyat.com
200 kali baru lekat
200 kali baru lekat
Anak kene mendengar pesan ibubapa 200 kali sebelum pesanan tu melekat dalam mindanya... Jangan jemu pesan kepada anak, setiap hari.. Dato Dr Haji Fadzillah Kamsah
Urut Bayi Anda
Urut Bayi Anda
Urut bayi anda selepas dia mandi. Gunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun atau losyen bayi. Bayi lebih 37% mudah lena jika diurut.
Bayi selsema
Jika bayi anda selsema, sapukan minyak pada ubun-ubun bayi ketika bayi hendak tidur. Anda juga boleh menggunakan kunyit hidup yang dipotong melintang untuk disapukan pada pangkal batang hidung bayi.
Anak demam
Jika anak demam, jaram kepalanya dengan air biasa. Lap juga badan anak dengan tuala lembab di leher, ketiak, belakang dan semua pelipat. Pantau suhu badan anak, jika lebih 38 C segera bawa berjumpa doktor. Seelok-eloknya dapatkan termometer digital.
Anak Bijak, dari Kandungan Lagi
Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam, daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Tingkatkan makan kaya dengan omega oil seperti sardin dan salmon. - Merancang anak sihat, pintar dan berakhlak mulia, Hamid Arshat.com
Jangan Makan Peria!
Jangan Makan Peria!
| | |
Wanita mengandung atau menyusukan anak tidak digalakkan memakan peria. Ini kerana bahan aktif dalam peria mempunyai kesan terhadap rahim wanita dan boleh menyebabkan keguguran dan ia juga boleh memasuki susu ibu. - PenawaRacun Jan '07, Pusat Racun Negara, USM
Doa agar anak dalam kandungan dipelihara
" Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Amin. dari buku "Amalan ketika Mengandung", Abu Afiqah
Petua supaya parut jahitan bersalin licin
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Amin. dari buku "Amalan ketika Mengandung", Abu Afiqah
Petua supaya parut jahitan bersalin licin
Lepas mandi keringkan betul-betul, sapu vitamin E dan lekat dengan plaster micropore (bleh beli kat farmasi) plaster tu ada lubang-lubang utk pengudaraan. potong pendek-pendek lekat secara vertical. so tak naik isi lebih tu (koloid).
Petua Menjarangkan Kelahiran
Untuk menjarakkan kelahiran, campurkan halia sebesar ibu jari diparut, lada sulah ½ sudu kecil ditumbuk, ½ sudu ragi yang telah dihancurkan, sedikit air asam jawa, 1cm lengkuas diparut dan sedikit garam. Minum campuran ini 2 bulan sekali. Lebih baik jika suami juga minum sama.
Asid Folik | | | |
Wanita yang mengambil asid folik sekurang-kurangnya empat minggu sebelum kehamilan boleh mengurangkan risiko kecacatan pada saraf tunjang dan tempurung kepala bayi sebanyak 70%.
Untuk memastikan wanita mempunyai cukup asid folik, pengambilan sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik digalakkan sekurang-kurangnya sebulan sebelum memulakan kehamilan. Kebanyakan pil tersedia dalam kuantiti 5,000 mikrogram (milligram), ini juga selamat diambil.
Bagi wanita yang pernah melahirkan bayi dengan kecacatan di atas, asid folik disarankan diambil sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum memulakan kehamilan. Memandangkan anda tidak dapat menjangkakan bila akan hamil, eloklah memulakan pengambilan asid folik dari sekarang. (Dr. Adilah Ahmat, hmetro)
Ulasan