Rangsang Bahasa Si manja Walaupun Anda Ibu yang Sibuk
Banyak yang boleh dipelajari kanak-kanak semasa dalam perjalanan. Jangan hanya melabelkan benda seperti “lori”, “kereta”, “bas” sahaja tetapi mestilah dituruti dengan penerangan terhadap objek tersebut “ lori tu besarnya” “Eh! Eh! Bas tu berhenti... Adik, bas berhenti”. Dengan ini kita dapat merangsang lebih banyak bahasa si manja.
Gunakan masa di dapur.
Ketika sibuk memasak, tidak salah kita memberi peluang kepada anak-kita bermain di dapur. Berikan benda dapur yang tidak berbahaya seperti cawan dan pinggan plastik, periuk dsb. Sambil memasak, berkomunikasilah dengan anak anda. Ceritakan apa yang anda hendak masak, apa yang anda sedang lakukan, apa yang si manja anda sedang lakukan.
Gunakan masa di bilik mandi
Waktu mandi adalah waktu yang paling menyeronokkan buat si manja. Anda boleh membantu si manja mengenali anggota badan mereka, mengenali fungsi anggota badan mereka. Anda boleh membantu dengan membuat bunyi-bunyi yang menyeronokkan semasa mandi, bermain dengan buih, memperkenalkan perkataan seperti busuk dan wangi dan lain-lain.
Gunakan masa semasa menyuap si manja
Masa makan tidak seharusnya sekadar menyuap si manja sehingga kenyang. Ceritakan tentang makanan yang kita suapkan. Ceritakan tentang kebaikan makanan tersebut kepada si manja. Jadikan masa makan sesuatu yang menyeronokkan. Ubah cara suapan dengan berlakon seperti kapal terbang membawa makanan lalu terus masuk ke dalam mulut si manja. Komen rasa makanan dengan mimik muka seperti " Mmmmm.. sedapnya bubur ni"
Jika si manja ingin merasa makanan anda, berikan sebab kenapa si manja tidak boleh memakannya. Buat aksi panas, pedas, masam dengan mimik muka yang berlebihan.. Pasti si manja akan seronok dengan waktu makan mereka.
sumber:ratuhati
Ulasan