Playing Bubbles



Dua, tiga  hari lepas hari Jumaat Haikal & Nia main bubbles habis penuh sabun kt lantai bukan tak pernah main sebelum ni tapi masalahnya habis lencun dan licin lantai satu rumah. Hangin jugak aku. Malam tu aku tidur dengan Haikal teman tgk movie favourite Haikal dalam biliknya. Tiba2 tengah malam dia muntah2 habis tilam dan bantal semua kena basuh. Badan dia agak panas tapi suhunya tidaklah begitu tinggi. Aku sapu minyak angin kat perut, belakang, betis dan tapak kakinya barula dia dapat tidur lena. Esok hari Sabtu, Haikal tak berapa sihat agak kurang aktif daripada biasa. Baru aku tahu die tertelan air sabun main bubbles semalam itupun Dania yang bagitahu. Macam2 la ragamnya bila tak sihat nak makan nasi goreng la..sup la....semua aku buat kesian betul tengok dia lembik macam tuh. Bila rase sihat sikit mula la dia berlari sana sini, panjat sana panjat sini dengan adiknya. Lepas tu petang ayah dia bawak pegi jalan2 shopping beli buku. 

Malam tu haikal cakap kat aku.."Seronok kan sakit ibu, ibu jadi sayang Haikal" sambil senyum. Aku pun terus peluk dia sambil jawab "Memang la ibu sayangkan Haikal".........

Ulasan

Catatan Popular