Di Pondok Kecil

Ini adalah lagu yang selalu arwah abah mainkan suatu ketika dulu setiap kali aku dengar aku pasti akan mengalirkan air mata. Arwah abah merupakan couch Biro Tata Negara. Selepas pencen dari tentera (komando) arwah abah berkhidmat dengan BTN dan lagu merupakan salah satu lagu motivate untuk student utk "brain wash" bagi yang bermasalah dan arwah abah pernah berikan senikata padaku berserta kaset utk dihayati. Sewaktu ketika dlu, waktu aku mendengar lagu ini aku tidak rasa apa-apa perasaan tapi selepas arwah abah tiada aku tidak menahan sebak mungkin inilah yang arwah abah cuba sampaikan. Tuhan Maha Kuasa aku bertemu suamiku juga melalui kursus BTN sewaktu kerja. Dan arwah abah pernah bisikan pesanan pada suamiku sewaktu dia dalam keadaan tenat agar menjaga aku dan anak-anak dengan baik. Mungkin hanya arwah abah sahaja yang tahu diriku seorang yang bagaimana yang paham apa yang aku rasa. Al Fatihah buat arwah abah moga dikau tenang dan aman di sana dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.Amin.......

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

Ulasan

Catatan Popular