Doa Agar Mudah Mendidik Anak
Amalan agar dipermudah untuk mendidik anak untuk dikongsikan bersama.
Semasa nak menidurkan anak, baca dan tiupkan pada ubun2 anak;
(1) Surah Al-Fatihah
(2) Ayatul Kursi
(3) Surah Al-Insyirah








Maksudnya: Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)
(2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan
dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan
namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (5) (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
(6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal
soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal
soleh yang lain) (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon
(apa yang engkau gemar dan ingini) (8)
(4) Surah Taha, Ayat 1 hingga 5





Maksudnya: Taa' Haa.
(1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya
engkau menanggung kesusahan (2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi
orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (3) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi (4) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy (5)
Ulasan