Doa Pelindung : Elak dirogol, dan elak Anak Perempuan dirogol (atau dizalimi))
Doa elak DIRI dirogol/dicabul/dizalimi
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Maksudnya:
“Ya
Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan
RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka
janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”
Doa
tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah
membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja yang
zalim ketika itu. Menurut Ustaz (dalam kuliyyahnya) , doa tersebut boleh
diamalkan untuk mendapat perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir
Doa elak ANAK PEREMPUAN dirogol/dicabul/dizalimi
Maksudnya:
“Ya
Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman
denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk
suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan
orang zalim”
Ulasan