Selusuh (Untuk Mudah Bersalin)
Penyediaan air selusuh (yang terbaik, disediakan oleh suami);
Untuk
diminum 2 kali setiap hari; pagi dan malam (bermula minggu ke-30
kandungan *lain orang, lain pendapatnya berkenaan bila masa terbaik utk
menggunakan air selusuh), dimulakan dengan selawat.
Penyediaan air selusuh
1. Al-Fatihah
*bacaan bertajwid {link}
(1) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(4) Yang menguasai hari pembalasan
(5) Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
(7)
(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka
yang sesat.
2. Selawat Syifa
*bacaan bertajwid {link}
Ya
Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang
dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar
dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit serta
mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan
dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.
3. Al-Hashr; ayat 21-24.
(21)
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu
akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan
perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka
berfikir.
(22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
(23)
Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia, Maha Raja yang Maha Suci,
yang Maha Sejahtera, yang menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, yang
Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki segala keagungan. Maha
suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24)
Dialah Allah yang Menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa,
Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi langit dan di bumi
bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
4. Ayat selusuh
Ya
Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya
surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan
bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat
mengasihani dari segala-galanya.
5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5
(4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
(5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.
6. An-Nazi'at; ayat 46.
Pada
hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat),
mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada
waktu petang atau pagi hari.
7. Ayat selusuh
Ya
Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya
surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan
bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat
mengasihani dari segala-galanya.
8. Ayat permudah
Ya
Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah
yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah,
sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.
Ulasan