AL-Quran Menyatu Dalam Darah dan Daging Anak Kita

Barat mempopularkan mengajar dari kecil sebagai 'Early Childhood Education'. Berbagai artikel ditulis oleh pakar yg punya nama  'Dr' didepan yang mengupas kebaikkan mendidik dari awal. Kemudian mereka mencipta pakej pendidikan yang dinamakan dengan pelbagai nama glamer dan dipromosikan secara meluas. Orang Islam pula menganggap mereka pencetus kepada idea 'Pendidikan Awal Kanak-Kanak' ini. Seolah-olah kita tidak pernah mendengarnya selama ini. Sehingga syllabus 'Diploma in Early Childhood Education' yang dianjurkan di Universiti dan Institusi Pengajian menjadi tempat menuntut ilmu tersebut dan semestinya ia mengarah ke Barat. Sedangkan jika kita mengetahui, Early Childhood Education yang diwar-warkan Barat itu sudah ada dalam budaya Islam beribu tahun yang lalu!

Jika kita rajin mengkaji kisah kisah orang Islam dahulu, kita tentu mengetahui tentang amalan mendidik anak-anak pada usia awal telah lama menjadi budaya mereka. Pada usia berapa mereka memulakan pada anak mereka? Sekadar memetik satu kisah... diceritakan Abu Asyim berkata: "Aku pergi membawa puteraku yang ketika itu usianya 2 tahun lebih menuju ke rumah Ibnu Juraij agar dapat belajar AlQuran dan Hadith darinya". Abu Ashim mengatakan lagi: "Adalah tidak mengapa jika seorang anak diajar Al Quran dan juga Hadith dalam usia seperti ini".

Zaman Islam ketika itu, ibubapa berlumba-lumba untuk mendidik anak mereka secepat mungkin dengan Al Quran kerana memegang akan hadis di bawah ini:

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan secara marfu' : "Siapa yang mempelajari al Quran ketika masih muda, maka alQuran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim).

Maka begitulah manfaatnya jika kita berusaha memasukkan al Quran ketika mereka masih kecil. Jika Al Quran sudah menyatu dalam darah daging anak-anak kita, hati, jiwa, tindakan dan perbuatan mereka semuanya tercetus kerana Allah. Maka terlindunglah mereka dari gejala sosial dan berbagai dosa dan maksiat di zaman yang semakin mencabar ini.

Jika ada ibubapa bercita-cita untuk menjadikan anak mereka penghafaz al Quran dan langkah menuju kearah cita-cita tersebut hanyalah dengan menunggu anak mereka mencapai umur yang sesuai untuk diserahkan/dimasukkan ke mana-mana sekolah Tahfiz, maka kesannya tidak sama. Saya pernah melawat sebuah sekolah tahfiz untuk bertanya tentang pendaftaran dan kebetulan ada seorang ibu ingin memasukkan anaknya ke sekolah tersebut kerana sudah tidak tahan dan tidak dapat mengawal anaknya yang terlalu liar.
 Samada anak kepada ibu tersebut diterima masuk atau tidak.. wallahua'lam. Jika diterima, tentu sekali mengajar al Quran kepada hati yang telah liar ini lebih sukar berbanding hati yang telah terdidik dengan Al Quran dari kecil.
Maka dengan coretan ini saya harap kita bersemangat  dalam mendidik anak kita dengan Al Quran dan janganlah kita menjadi antara orang yang menunggu kemudian hari untuk perkara yang sepatutnya menjadi paling utama ini. Bermulalah segera.. 

perkongsian dari

Kak Lina Karim

Ulasan

Catatan Popular