Siri 2 - Jangan Memandang Al-Quran seperti Mustapha Kamal Attartuk
Sebelum
kita ambil pengajaran dari ibu-ibu ini, saya ingin bercerita serba
sedikit tentang Mustafa Kamal Attartuk. Saya menyentuh tentang beliau
kerana saya rasakan dia begitu dekat dengan zaman kita. Meninggal pada
tahun 1938 (zaman nenek atuk kita). Memang dekat jika dibandingkan
dengan 2 tokoh lain yang zamannya terlampau jauh. Ibunya, Zubaidah
Hanim, membesarkan dia sangat hampir dengan kebanyakkan ibu-ibu zaman
sekarang membesarkan anak. Sebab itulah pentingnya kita mengkaji siapa
Mustafa Kamal Attartuk ini dan kenapa dia jadi begitu sebagai pengajaran
untuk kita dalam mendidik anak-anak kita. Mengapa Allah murka kepadanya
hingga meninggalnya dalam keadaan tersiksa dan mayatnya tidak diterima
bumi walaupun sudah beberapa kali cuba ditanam.
Mustafa
Kamal Attartuk adalah antara orang yang sangat tidak bersetuju melihat
orang membaca al Quran tetapi tidak faham makna. Baginya membaca al
Quran tanpa kita mengetahui maknanya adalah seperti orang mabuk atau
seperti orang gila! Maka beliau memerintahkan supaya semua Quran ditukar
kepada bahasa Turki. Membacanya mesti dalam Bahasa Turki dan tidak
ketinggalan, azan juga ditukar sama.
Sebenarnya
bukan beliau sahaja yang beranggapan begitu. Ada ramai manusia diluar
sana juga beranggapan yang sama. Cuma yang membezakan orang diluar sana
adalah mereka bukanlah penguasa negara seperti Mustapha Kamal Attartuk
yang boleh mengeluarkan perintah seperti itu. Saya sendiri pernah
ditanya oleh seorang muslim.. kenapa al Quran tidak di buat seperti
Bible yang dialih bahasa supaya kita faham membacanya dan tidak perlu
tengok terjemahan. Juga tidak perlu belajar membaca al Quran (iqra).
Ingin
saya ingatkan, Rasulullullah s.a.w mempunyai lebih dari 1000 mukjizat
dan tiada satu pun yang tinggal untuk kita yang berada di zaman ini
kecuali al Quran. Mukjizat al Quran itu adalah benar jika ia dibaca
dalam bentuk asal. Adalah wajib kita belajar membacanya dengan betul dan
bertajwid terlebih dahulu. Memahami makna al Quran kemudian pun tidak mengapa.
Sebuah kajian yang dilakukan, seseorang yang tidak tahu apa maknanya
"La haulawala quwataillah..." bila menyebutnya berulang kali, akan
memberi satu tekanan pada mekanoreceptor yang terletak didalam mulut
yang menyebabkan timbulnya rasa tenang kepada penyebutnya. Mulut
mempunyai beberapa bahagian yang agak sensitif dan menyebut perkataan
didalam al Quran dengan tekanan di lidah dengan betul (tajwid yang
betul) akan mengeluarkan neural signal yang disalurkan ke otak. Ia juga
memberi kesan mengurangkan tekanan kepada jantung, baik mereka yang
menghidap penyakit jantung. Kesan ini tidak terdapat di dalam mana-mana
bahasa didunia yang mengeluarkan apa pun bentuk susunan perkataan mereka
termasuk bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Pernah dengar kuasa
bunyi (ultrasound) dalam bidang perubatan? Contohnya, doktor menggunakan
ultrasound untuk memecahkan batu karang didalam buah pinggang tanpa
pembedahan major. Ayat al Quran yang dibaca dengan betul, bila didengar
akan mengeluarkan satu kuasa penyembuhan untuk tubuh. Membacanya memberi
satu kesan, dan mendengarnya juga memberi satu kesan lain pada tubuh
badan manusia. Saya akan kongsikan buku yang saya baca mengenai kajian
ini di emel akan datang. InsyaAllah.
Janganlah
kita memberatkan maknanya dahulu ketika mengajar anak-anak kecil
membaca al Quran. Alif Lam Mim yang tidak kita tahu apa maknanya jika
dibaca akan mendapat 30 pahala kerana Allah telah berjanji setiap huruf
dibaca mempunyai 10 pahala. Kejarlah kesan kebaikkan membacanya dan
pahalanya dahulu. Janji Allah, jika kita jaga kalam Allah, Allah akan
jaga kita. Jika anak kita yang menjaganya, anak kita InsyaAllah akan
terpelihara. Semoga anak kita terpelihara dari segala kerosakkan rohani
ataupun kerosakkan jasmani. InsyaAllah, terlampau banyak terjemahan al
Quran yang boleh dibaca di luar sana yang boleh dibacanya jika dia sudah
boleh membaca nanti.
perkongsian dari
Kak Lina Karim
Ulasan