Siri 3 - Selalu Bertengkar Suami Isteri Tentang Anak
Berbalik
kepada Pengajaran Dari 3 Ibu (Ibu Imam Syafie, Ibu Muhammad Al Fateh,
Ibu Mustafa Kamal Attartuk) . Maafkan saya jika kali ini saya ingin
melencong sedikit. Saya ingin berbincang tentang BAPA sebelum berbincang
tentang ibu-ibu ini. Dari 3 bapa ini, hanya bapa Mustafa Kamal Attartuk
sahaja yang tidak mahu anaknya bersekolah di sekolah agama dan mahu dia
di sekolahkan di sekolah yang baik pada tanggapannya. (biasa dengar cerita macam ni?)
Ayahnya berkawan baik dengan orang Yahudi, sangat tertarik dengan
kejayaan orang Yahudi dalam bidang ekonomi dan mahu anaknya bersekolah
seperti anak mereka. (untuk senario zaman sekarang, mungkin kita pernah tengok orang kita hantar anak pergi Sekolah Cina dengan sebab yang sama) Ini menyebabkan ayahnya selalu bertengkar dengan ibunya tentang kemana arah hala tuju anaknya itu.
Ayahnya mengimpikan anaknya untuk menjadi seorang pemimpin satu hari
nanti. Ibunya pula ingin dia menjadi seorang tahfiz. Rapat bapanya
dengan orang Yahudi sehingga bila dia meninggal dunia, rakan Yahudinya
itulah yang membantu menanggung persekolahan anaknya sehingga Mustafa
Kamal Attartuk menganggapnya sebagai bapanya yang baru. Rasulullah telah
mengajar kita untuk berhati-hati dengan orang Yahudi tetapi nampaknya
dia mengejar cita-cita untuk anaknya lebih dari dia menyayangi
Rasulullah. Tentulah Allah Maha Arif tentang niat buruk yang tersembunyi
didalam hati mereka sehingga Rasulullah menyuruh kita berhati-hati
dengan mereka.
Sabda
Rasulullah s.a.w, " Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu
sehingga aku lebih dia cintai dari ayahnya, anaknya dan semua manusia"
Ingin
saya perjelaskan disini, bagi negara Barat, tercatat dalam sejarah
mereka bahawa Mustafa Kamal Attartuk adalah seorang wira. Beliau adalah
seorang tokoh... satu contoh yang dipuja dan dihormati. Manakan tidak,
Tentera Salib telah cuba menghancurkan kerajaan Kekhalifahan Islam
selama berabad lamanya tetapi tidak berjaya. Rupanya ia perlu
dihancurkan dari dalam dan boleh dilakukan dengan sekelip mata oleh
Mustafa Kamal Attartuk.
Saya
harap jangan salah faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. Tidak
salah untuk menghantar anak ke sekolah mana pun tetapi jangan ketepikan
al Quran. Alangkah baiknya jika Mustafa Kamal Attartuk menjadi seorang
pemimpin seperti yang diimpikan bapanya DAN JUGA seorang tahfiz seperti
yang diimpikan ibunya. Akhirnya hanya impian bapanya sahaja yang
tercapai dan begitulah yang tercatat dalam sejarah.
perkongsian dari
Kak Lina Karim
Ulasan
Psstt: jika ianya tidak menyusah tuan empunya blog, boleh tak kalau diremovekan verified code untuk komen. :)