Siri 4 - Kesimpulan Pengajaran Dari 3 Ibu
"Kesian
tengok budak-budak zaman sekarang bersekolah. Pagi nak pegi sekolah
agama, balik tukar baju kena pegi sekolah kebangsaan. Balik sekolah
kebangsaan, budak dah letih. Mandi, makan malam selesai semua lepas tu
nak kena buat kerja sekolah pulak. Mana nak tusyen lagi, mengaji lagi?"
Biasa
dengar? Saya sendiri kasihan tengok anak-anak buah saya balik sekolah
dalam keadaan penat. Itu belum lagi kalau anak saya sendiri pula nanti.
Semoga saya lebih mengasihani masa depan mereka dari mengasihani
kepenatan mereka ketika itu. Ramai ibubapa tidak sanggup 'memaksa' anak
mereka untuk memegang al Quran kerana rasa kasihan dan belas mereka yang
tidak sepatutnya. Begitulah juga kesilapan ibu kepada Mustafa Kamal
Attartuk. Sebab itu saya kata Novel Mustafa Kamal Attartuk yang saya
jual dan kehabisan stok itu lebih mirip dengan kehidupan ibu-ibu zaman
sekarang membesarkan anak mereka. Itulah kesilapan beliau sehingga
anaknya menjadi seperti yang saya ceritakan sebelum ini. Tanpa kita
sedari akhirnya al Quran adalah keutamaan kita yang paling akhir. Al
Quran di pegang di 'hujung-hujung' sahaja. Memang Zubaidah Hanim, ibu
kepada Mustafa Kamal Attartuk ini selalu bercerita dengan anaknya supaya
bila dewasa nanti anaknya itu mesti menjadi seorang tahfiz al Quran.
Namun, ianya cuma hanya pada kata-kata, harapan dan doa. Hakikatnya,
kehidupannya tidak dimanifestasikan selari dengan harapannya. Anaknya
membesar dengan bersekolah disebuah sekolah terkenal (Dia bersekolah di
sekolah kadet ketika itu yang mungkin sama terkenalnya ala-ala Royal
Military College, Malaysia kot?). Kasihan dia melihat anaknya balik
kepenatan kemudian mengulangkaji pelajaran hingga larut malam. Maka
berlalulah hari-hari hingga dia dewasa tanpa al Quran. Maka, walaupun
ketiga-tiganya adalah wanita yang kuat beribadat, ketiga-tiganya adalah
wanita yang kuat beragama, mempunyai cita-cita yang sama untuk anak
masing-masing iaitu menjadi tahfiz al Quran, tetapi usaha mereka adalah
berlainan. Allah itu Maha Adil, hasilnya juga adalah berlainan. Yang dua
menjadi pengharum agama dan penakluk kota dunia dan yang satu lagi
menjadi pemusnah Islam
Yang
jelasnya.. Ibu Imam Syafie dan Ibu Sultan Muhammad Al Fateh sangat
tegas dan pentingkan al Quran. Mereka sanggup memarahi dan membiarkan
anak mereka dipukul guru kerana mahu anaknya mempelajari al Quran.
Selepas menguasai al Quran barulah mereka ke cabang lain. Imam Syafie
suka pada syair hingga dia menghafal 10,000 syair dalam masa 2 bulan
sahaja? Dan Muhammad Al Fateh boleh bertutur 6 bahasa pada umurnya 17
tahun sahaja. Mengutamakan al Quran tidak menyebabkan mereka tinggal ke
belakang jika mereka memilih untuk terus kedepan. Namun peranan ibulah
yang menentukan dan mendorong hala tuju mereka.
Cuba
kita tanya pada diri kita sendiri pula. Adakah kita ibubapa yang hanya
punya cita-cita sahaja atau sentiasa ingin mencari peluang dan cara
untuk menjadikan anak kita menguasai al Quran. Sanggupkah kita berkorban
masa, tenaga dan wang ringgit untuk anak kita mahir al Quran?
Ada
juga suara yang berkata anak mereka dah disekolahkan ke sekolah agama
pagi/sekolah agama rakyat (betulkan saya akan namanya jika saya silap)
maka tak perlu dah untuk mengajar al Quran. Seorang ustazah sekolah
agama rakyat ini pernah memaklumkan pada saya untuk kanak-kanak darjah
1-6 ini, sukatan pelajaran mereka tidak fokus untuk mengajar al Quran
sahaja. Akhlak, hadis, sirah, khat, Jawi dan lain-lain itu adalah antara
pelajaran yang diajar. Mata pelajaran al Quran
cuma dalam beberapa kali sahaja dalam satu minggu. Sebab itu ada murid
yang sudah ke tahun 6 disekolah ini masih tidak boleh membaca al Quran
jika ibubanya sendiri tidak ada usaha untuk mengajar diluar sekolah.
Kesimpulan
yang saya buat adalah tidaklah terhad kepada apa yang saya tulis. Jika
di satukan Novel ketiga tiga tokoh ini ianya melebihi 1000 muka surat.
Terlalu banyak untuk saya pelajari dari 3 novel ini. Maaflah segala
kekurangan dan kesilapan dalam membuat kesimpulan yang terhad ini.
Semoga ianya sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita semua.
perkongsian dari
Kak Lina Karim
Ulasan