Mengajar Anak Menangis dan Khusyuk
Sudah
 hampir ke penghujung Ramadhan kita semua. Rasa sangat pantas masa 
berlalu. dalina pergi bertarawih tak? Jika bertarawih, jangan lepaskan 
peluang untuk bawa anak sekali ke majlis yang akan menunjukkan pada 
mereka tentang ibadah kita sebagai orang Islam pada bulan Ramadhan. 
Ingat, mereka lebih kuat belajar daripada apa yang mereka lihat ibubapa 
terutamanya dan orang sekeliling mereka lakukan berbanding hanya belajar
 dari buku bila dewasa nanti. Jika mereka lihat kita melakukan tarawih 
ketika mereka kecil lagi, InsyaAllah bila mereka dewasa nanti, ia adalah
 rutin yang tidak akan mereka lepaskan setiap Ramadhan. Tidaklah mereka 
menjadi remaja yang liat hendak ke surau atau masjid nanti. Di tempat 
saya, ramai remaja termasuk kanak-kanak melepak di luar surau atau 
masjid sambil menunggu moreh (jamuan) dihidangkan selepas habis 
bertarawih kemudiannya. Tidak rasa mahu bersama melakukan tarawih lagi. 
Semoga hati mereka akan dibukakan oleh Allah untuk bersama kami satu 
hari nanti. Ia lebih baik dari mereka yang hanyut dengan cerita siaran 
TV dirumah hingga anak mereka tidak melihat dan tidak tahu adanya umat 
Islam bertarawih di bulan Ramadhan.
Bagi
 saya dan anak-anak saya pula,  telah banyak masjid kami pergi untuk 
bertarawih pada tahun-tahun sebelumnya, namun surau di dalam kawasan 
tempat kami tinggal juga adalah pilihannya. Surau ini adalah madrasah 
kedua anak-anak saya selepas dirumah. Disinilah anak saya Danish dan Dania belajar bersolat Tarawih ikut-ikutan tanpa dipaksa ketika umur 
mereka 4 dan 6 tahun lebih masing-masing. Pada tahun ini, solat mereka 
semakin sempurna sehingga ada yang menegur mereka bersolat lebih bagus 
dari yang lebih dewasa umurnya. 
 | 
Semuanya
 kerana hidayah Allah. Allahlah yang melatih mereka. Allah gerakkan hati
 mereka untuk ke surau. Setiap malam mereka bersiap untuk ke surau lebih
 awal dari saya yang selalunya siap kemudian kerana mengemas meja yang 
bersepah dengan juadah berbuka puasa sebelumnya. Allah gerakkan hati 
mereka untuk solat dan saya percaya ada pelbagai lagi pelatihan untuk 
mereka dalam rancangan Allah. Mana mungkin saya dahulu dapat memaksa 
anak umur 3 tahun untuk ikut solat SUNAT Tarawih sedangkan solat fardhu 
itu pun perlu disuruh pada umur mereka 7 tahun? Alhamdulillah mudah 
tugas saya mengajar anak saya bersolat sebelum umur mereka 7 tahun. 
Mereka tahu dan telah pernah melakukan solat sunat tarawih, dhuha, 
hajat, tahajjud dan witir pada umur ini. Bila diingatkan kembali, pada 
umur ini saya dulu tidak tahu apa itu solat wajib pun!
Langkah
 seterusnya adalah melatih untuk mereka khusyuk dalam solat. Ia bukan 
suatu perkara yang mudah dan saya sendiri masih tidak tahu caranya dan 
terfikir-fikir bagaimana untuk melatih mereka kearah itu. Secara 
fizikalnya mereka kelihatan khusyuk kerana saya pernah terlihat ada 
kanak-kanak nakal yang sebaya mereka yang mengusik cak-cak ketika mereka
 solat, mereka tidak mengalihkan pandangan mata dari tempat sujud 
mereka. (Saya pula yang tak khusyuk ketika itu kerana memerhatikan 
mereka. Haha..).
Di surau,
 imam yang sama yang mengimamkan untuk solat waktu dan solat tarawih 
kelihatannya lebih tersentuh ketika membacakan ayat-ayat al Quran pada 
tahun ini. Sudah beberapa kali imam tersendu dan menangis ketika 
melantunkan ayat al Quran. Setelah selesai, Darwish yang sukar menangis 
berkata.. “I feel my heart is crying when the ustaz read that ayat’ 
Dania pula berkata, I almost cry mom’.. dan akhirnya mereka 
perpandangan antara satu sama. Saya pula berkata.. It is OK to cry when 
you hear the Quran although your are a big strong man one day. Umar Al 
Khattab did that and a lot of Allah’s fighter did that! It shows that 
you are closer to Allah and Allah give you special attention because you
 are willing to open up your heart for his words to sync inside you. If 
you want something from Allah, ask at that very special moment. That is 
the time where  whatever you wish for, Allah will realized it for you. 
Darwish menyambung,”Can you tell me the full story that make the Ustaz 
cry just now?. I did not memorize that surah yet!
Itulah
 salah satu manfaat mengajar mereka menghafal al quran. Mereka tahu 
surah apa dan jika tidak tahu mereka berminat untuk menghafalnya dan 
mengetahui ceritanya. Siapalah yang memberi perasaan itu pada anak-anak 
saya kalau tidak Allah. Saya cuma membawa mereka ke surau sahaja. Kerja 
seterusnya adalah kerja Allah. Hati mereka yang mahu bersolat dan imam 
itu yang membawa bacaan hingga menangis bagi memberi pengajaran pada 
anak-anak saya adalah kerja Allah. Ia untuk anak saya mendengar dan 
melihat tangisan orang yang khusyuk dengan al Quran dan solatnya. 
 Semoga anak saya mengenal erti khusyuk yang sebenar pada suatu hari 
nanti.
Perkongsian Cerita
Lina Karim..
Perkongsian Cerita
Lina Karim..


Ulasan