Didik Anak dengan Al-Quran
Dibelakang Kebanyakkan Setiap Ilmuwan Islam Yang Terkenal Adalah Ibubapa
Yang Melatih Mereka Menghafal Al Quran Dari Umur Kanak-Kanak Hingga
Mereka Dapat Menghafal Al Quran Pada Umur 7 -10 Tahun Kemudian Barulah
Didedahkan Dengan Ilmu Lain.
Sekiranya Kita Merujuk Kepada
Kejayaan Ilmuan Islam Di Zaman Kegemilangan Islam Dahulu, Majoritinya
Adalah Penghafaz Al-Quran. Ini Adalah Bertepatan Dengan Hadis Nabi S.A.W
Yang Menggalakkan Agar Kita Mengajar Anak-Anak Membaca Al-Quran.
"Yang
Paling Pokok Adalah Menghafal Al Quran,Kerana Ia Adalah Ilmu
Terpenting, Bahkan Para Salaf Tidak Mengajarkan Al-Hadis Dan Fikih
Kecuali Yang Telah Hafal Al Quran" (Imam Nawawi)
Ada pelbagai
pandangan dalam pendidikan awal kanak-kanak bergantung kepada latar
belakang ibubapa kanak-kanak tersebut dalam memilih kecenderungan
pendidikan untuk anak mereka. Ada yang memilih untuk mendahulukan
pengajaran ilmu dunia, contohnya belajar membaca bahasa yang dipilih.
Perbezaannya, mengajar yang lain selain dari al Quran hanya berhenti
setakat 'kenal dan baca' tetapi tidak melatih untuk MENGHAFAL. Menghafal
meningkatkan memori atau daya simpan maklumat dalam otak kanak kanak.
Jika
kita perhatikan hari pertama bayi dilahirkan, mereka disambut dengan
azan dan iqamat. Allah telah memberi pengajaran kepada kita bahawa bayi
boleh diajar dengan memperdengarkan apa yang kita mahu ajarkan
kepadanya. Maka adalah sebaiknya bayi yang baru dilahirkan, selalu
diperdengarkan dengan ayat alQuran. Inilah cara memulakan pendidikan
alQuran pada bayi.
Mereka yang baru lahir adalah umpama
disket kosong yang sedia untuk ditulis apa-apa pelajaran yang didedahkan
kepadanya. Menurut kajian Sains, otak kanak-kanak sudah sangat bersedia
untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini
ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Pada
umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak sudah menyamai 80% otak dewasa.
Kanak-kanak
semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah kualiti dan kuantiti
didikan yang ibubapa mereka dedahkan di waktu usia kritikal ini.
Kanak-kanak jika didedahkan lebih awal, mampu mempunyai 3 kemahiran
iaitu mengenal huruf, membaca dan menghafal alquran pada umur seawal 3
Tahun. Kemahiran yang diperolehi ini akan meningkatkan IQ otak mereka
dan akan mempengaruhi daya berfikir dan daya menyerap pelajaran/ilmu,
bila mereka dewasa nanti. Ia ibarat 'BRAIN TRAINING' yang akan
menghasilkan daya konsentrasi, fokus, kreativiti dan kelajuan berfikir
yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.
Mengajar
alQuran kepada bayi dan kanak-kanak adalah berbeza dari mengajar orang
dewasa. Mengajar kanak-kanak perlu lebih kreatif dengan memahami dunia
kanak-kanak yang perlu bermain. Sebagai contoh, bayi setahun lebih akan
memaksa ibubapa kreatif dalam mencuri tumpuannya untuk menyebut setiap
flashcard yang ditunjukkan kerana pada waktu ini mereka dalam peringkat
suka meneroka dan mula melakukan pelbagai 'kerja'nya sendiri. Ini lebih
ketara untuk kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
Anak lelaki
dan anak perempuan mempunyai cara belajar yang berbeza, Berbanding
dengan anak perempuan, anak lelaki lebih nakal dan kurang daya tumpuan.
Masalah pelat juga lebih dialami oleh kanak-kanak lelaki berbanding
perempuan. Jika ibubapa mempunyai anak yang pelat, bersegeralah ajarkan
mereka al Quran kerana ia adalah 'speech therapy' bagi kanak-kanak
tersebut. Mengikut kata pakar, bagi mereka yang mempunyai kanak-kanak
pelat, ibubapa perlulah bercakap dengan bulat dan jelas pada mereka
selalu. Dalam kesibukkan, ibubapa selalunya tidak berkesempatan untuk
berbuat begitu selalu setiap kali kita bercakap. Maka, jika ada anak
pelat, segeralah ajarkan mereka al Quran kerana al Quran itu perlu
dibaca dan disebut dengan betul maka dalam proses mengajarnya, kita
menyebutnya dengan bulat dan jelas, menyebabkan pelat mereka hilang
secara berperingkat.
Rasululullah pernah bersabda:
"Memberi ilmu ketika masih kecil, laksana melukis di atas batu!" (Riwayat Baihaqi dan Thabrani).
Sememangya
ini telah dibuktikan dalam sains bahawa jalinan saraf neuron otak pada
kanak kanak sangat aktif dimana pada 3 tahun pertama bayi, sejumlah 300
trillion sel penghubung diwujudkan di dalam otak dimana sebelumnya
tiada.
Abu Hurairah R.A. Meriwayatkan Secara Marfu' :
"Siapa Yang Mempelajari Al Quran Ketika Masih Muda, Maka AlQuran Itu
Menyatu Dengan Daging Dan Darahnya. Dan Siapa Yang Mempelajarinya Ketika
Dewasa, Ilmu Itu Akan Lepas Darinya Dan Tidak Melekat Pada Dirinya,
Maka Dia Mendapatkannya Pada Hal Dua Kali". (Diriwayatkan Oleh Baihaqi,
Dailam Dan Hakim)
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri
Sheikh Ismail Muhammad, 66, semasa ditemubual satu akhbar tempatan
menyatakan "..jika kanak-kanak telah dididik dan diterapkan al-Quran
dalam dada sejak kecil, mustahil mereka akan melakukan perkara-perkara
yang ditegah oleh agama." jelasnya.
Ulasan