Iktibar Pesawat MH370
Seluruh dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 berserta 239
penumpang dan anak-anak kapal. Suatu takdir yang sukar diterima terutama
oleh ahli keluarga mangsa. Walaupun berbagai teori diusulkan,
hakikatnya terpaksa diterima bahawa ianya adalah ujian daripada Allah
swt.
Semoga
berada dalam keadaan baik dan ceria bersama keluarga serta dijauhkan
dari sebarang musibah dari kita semua. Alhamdulillah kita diberi nafas,
kesihatan dan keselamatan lagi. Sekarang dimana-mana sahaja sedang sibuk
dengan cerita pesawat MAS MH370. Sudah lama saya tidak menonton TV...
sekarang dah buka TV. Dah lama saya tak tengok status FB, sekarang
melihat status FB (dengan kerap sekali pula tu!). Anak bercakap dengan
saya ketika saya melopong menonton TV, saya kata "shhhhh...ibu nak
dengar ni" sambil jari telunjuk letak di bibir kerana mahu betul-betul
menadah telinga untuk mendengar siaran langsung press conference yang
sedang dikaca TV. MasyaAllah.. keluar sahaja perkataan itu dari mulut
saya, saya terkedu sendiri. Kenapa saya berkata begitu dengan anak yang
didepan mata? Kenapa rutin harian saya tidak menjenguk media telah
bertukar sejak berita itu. Sepatutnya, musibah yang terjadi pada pesawat
itu menyebabkan kita lebih dekat kepada Allah, lebih menghargai apa
yang kita ada... terutama anak-anak kita yang akan menjadi penolong
dunia akhirat kita. Kita terlupa walau bagaimana asyiknya kita menjenguk
mencari khabar terbaru dan terkini, khabar itu akan mengikut 'takdir'
yang telah ditetapkan akan berlaku mengikut kehendakNya.
Makin
kita jenguk media, makin banyak keburukkan, kelemahan dan tuduhan
pelbagai yang kita baca. Makin bertambahlah dosa. Dosa mengumpat fitnah
situkang beri dan situkang dengar/baca sama sahaja. Astaghfirullah..
Berserahlah
pada takdir Allah.. selepas BERDOA dan BERUSAHA! Itu lebih baik
daripada hanya terjenguk-jenguk mencari berita. Kadang-kadang kita
terlupa disebalik keriuhan dan perlu kesunyian bersamaNYa untuk
menyedarkan kita dari kelekaan.
Berbalik
kepada anak, saya tutup kaca TV dan mula menceritakan apa terjadi.
MasyaAllah.. rupanya mereka sudah mengetahui tentangnya dan
mengeluarkan pelbagai teori tersendiri dengan pendapat berbeza yang boleh dikatakan ada logik dan ada jugak kurang logiknya. Hmm.. masa untuk memperbetulkan
teori mereka dengan logik dan kerohanian. Berbincang dengan anak lebih
baik dan bermanfaat dari berbincang di atas papan kekunci komputer.
Hikmah yang hanya akan terlihat jika kita mencari hikmah itu dan tidak
sibuk mencari yang lain.
Sebagai tanda simpati dan sokongan, marilah sama-sama kita
berdoa untuk misi pencarian MH370. Setidak-tidaknya tambah sedikit pada
doa harian kita selepas solat, agar misi berjalan lancar dan 239 orang
yang terlibat kembali dengan selamat. Lupakan berbagai spekulasi, yakini
kekuasaan Ilahi.
Semoga sumbangan doa kita yang sedikit ini dapat menarik belas Rahim Allah swt dan memberi keputusan yang terbai, di samping menjauhi kita daripada sebarang musibah.
Semoga sumbangan doa kita yang sedikit ini dapat menarik belas Rahim Allah swt dan memberi keputusan yang terbai, di samping menjauhi kita daripada sebarang musibah.
Ulasan