Kisah Perang Badar dan 2 Orang Kanak-Kanak
Hari ni saya hendak bercerita tentang satu kisah yang mengajar kita yang bergelar ibubapa
supaya Berbicaralah Dengan Anak Mengikut Kapasiti Akal Mereka melalui sebuah kisah Rasulullah s.a.w.
Setiap
kanak-kanak mempunyai kapasiti akal yang berbeza bergantung kepada
pendedahan yang kita berikan. Sebab itu lebih awal kita dedahkan
pendedahan yang betul maka lebih bijak mereka tumbuh besar jadinya.
Semoga anak-anak kita membesar menjadi orang yang solah/solehah, hebat,
bijak dan berguna kepada masyarakat Islam secara amnya.
Dibawah ini adalah kisahnya..
Pada suatu hari, kaum Quraish dikhabarkan kepada Rasulullah s.a.w dalam perjalanan keluar untuk memerangi orang Islam di Badar. Orang Mukmin pun bersiap sediia. Oleh kerana Madinah dan Badar dekat, maka... kaum Muslimin sampai dulu. Disana mereka terjumpa 2 orang kanak-kanak. Mereka ini ditanya bagi mengetahui informasi tentang kekuatan tentera Quraish ini.
Ditanya.. "Anak kecil, berapa jumlah tentera orang musyrik itu. Kamu kan sudah melihat mereka?"
Anak kecil itu menjawab... "Demi Allah, mereka itu banyak dan mereka sangat2 ganas"
Setiap kali kaum muslimin bertanya soalan itu, anak itu menjawab sama. Kaum muslimin ada antaranya tidak sabar dan memarahi serta memukulnya hingga timbul kekecehon. Lalu mereka akhirnya membawa kanak-kanak itu berjumpa Rasulullah s.a.w. Anak kecil itu pun ditanya olah Rasulullah s.a.w soalan yang sama, dan jawapan anak itu tetap sama..
Maka Rasulullah s.a.w berfikir sejenak dan kemudian bertanya soalan lain.. "Mereka itu setiap hari berapa unta yang disembelih ya?" Anak itu menjawab.. "Mereka menyembelih 10 ekor unta setiap hari!!..
2 perkara yang boleh dipelajari dari kisah ini..
---> Semoga kita mencontohi Rasulullah s.a.w.. menjadi ibubapa yang bijak berbicara dgn anak kita mengikut kapasiti akal mereka. Tidak memarahi anak jika mereka tidak faham atau tidak memberi jawapan yg kita mahukan.
---> Ajarkan ilmu Matematik itu seawal mungkin kepada anak kerana peri pentingnya ia dalam
segala hal dan bidang...Dunia dan Akhirat
Jawapan : Anggaran Rasulullah, tentera Musyrik berjumlah 1000 orang kerana 1 ekor unta adalah untuk 100 orang.
Jika 10 ekor unta, maka ianya cukup untuk hidangan makan 1000 orang.
Ulasan