Kisah Coklat Cadbury ...1
Jika
ramai
orang lain bersuara melalui facebook mengenai isu Coklat Cadbury yang
hangat diperkatakan baru-baru ini, saya pula ingin bersuara melalui
emel ini. Isu Cadbury ini sebenarnya adalah satu hikmah untuk
menyedarkan kita tentang apa-apa produk lain bahawa kadang-kadang betapa
kita
berhati-hati pun, kita tidak boleh menentukan kehalalannya. Nasib
baiklah akhir cerita Cadbury ianya adalah HALAL.
Terpulang
kepada
kita untuk mengkonsumsinya atau tidak. Jika di kepala sudah was-was,
walaupun ia diisytiharkan halal, janganlah di makan. Ingatlah bahawa
minda
kita sangat berkuasa! Mengikut kajian sains yang sangat popular tentang
'placebo effect', apabila minda sudah membuat keputusan dengan apa
yang dimakannya itu, badan akan memberi tindakbalas yang selari
berdasarkan keputusan tersebut. Sebab itu bila panadol tiruan
berleluasa, kita
sendiri tidak mengetahui akan hal itu kerana setiap kali kita telan
panadol bila sakit kepala menjengah, kesannya tetap akan
jadi seperti yang diharapkan. Peliknya 'Placebo Effect' ini sehingga
sekarang saintis pun hairan bagaimana ianya boleh berlaku. Jika kita tidak mahu memakannya atas sebab kita tidak lalu untuk
memakannya, janganlah kita menjatuhkan makanan tersebut sebagai haram
dan
mempengaruhi orang lain akan 'hukum peribadi' yang kita jatuhkan itu.
Biarlah orang lain memakannya. Perbuatan ini sama saja seperti
mengatakan air kosong yang halal sebagai arak yang haram
sebab bermain-man dengan sengaja. Seperti
yang
kita tahu, makanan yang disiapkan oleh orang Muslim yang tidak solat
pun boleh menyebabkan hati gelap. Bila hati gelap, kita malas untuk
solat atau membaca al Quran. Inikan pula makanan yang tidak halal. Akan
jauh larinya dari impian untuk mendapatkan hati yang terang yang
mampu menghafal ayat-ayat al Quran. Oleh kerana al Quran itu suci,
ia hanya suka kepada yang suci. lina karim
Ulasan