Kisah Coklat Cadbury...2
Istihalah adalah yang telah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang lain seperti ---->bangkai kepada abu, mayat
yang sudah menjadi tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam Fekah Islam sejak dahulu. OK,
baja najis kepada pokok atau air kumbahan yang terproses kenapa ia dibolehkan? Kerana..
- Zat (molekul) air adalah selama-lamanya bersih (ini bertepatan dengan penemuan sains yang menyatakan bahawa air terdiri daripada
molekul-molekul yang berasingan yang tidak boleh disebati oleh molekul lain).
- Air tidak akan menjadi najis dengan sendirinya dan tidak larut dengan sesuatu elemen najis yang bercampur dengannya, tetapi air bertukar menjadi najis disebabkan ia membawa elemen najis.
Bermaksud
jika
elemen najis ini dipisahkan maka, contohnya jika air dari kolam
kumbahan najis melalui proses penyulingan alami (semulajadi)... bertukar
menjadi
hujan, ia adalah air bersih suci lagi menyucikan dan jika pokok buah ia
adalah boleh dimakan tanpa was-was buahnya. Bukan tak biasa kita makan
buah
yang bajanya adalah baja tahi ayam! Ini adalah kerana elemen najis itu
telah dipisahkan oleh akarnya. Boleh periksa buah-buahan dipasaraya atau
air
hujan.. ada tak DNA ayam atau apa-apa DNA lain didalamnya. Tentu tiada..
Tetapi
jika
DNA najis berat berada dalam makanan, adakah ia dianggap telah menukar
dan boleh dianggap istihalah? Itulah yang telah di perdebatkan oleh
orang-orang dari pihak yang berwajib. Bagi saya yang dari pihak tak
wajib ini :) yang mungkin akan menerima kritikan.. berfikir sendiri,
jika
kita terpegang najis busuk hangit kucing, kita boleh basuh dengan sabun
sudah mencukupi, tetapi kenapa jika kita pegang anak babi yang telah
disyampu
dan dipakaikan bedak wangi pun, sabun tak cukup, kita perlu menyamaknya,
cari air, cari tanah.
Bila
DNA
sesuatu makhluk dijumpai bermakna keadaan atau sifat zat asalnya tidak
berubah. Jika dipegang tidak boleh, apa lagi jika dimakan dan dijadikan
darah daging. Jika kita telah mengetahui maka hindarilah sedaya mungkin.
Tetapi jika kita telah termakan, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Allah s.w.t mengetahui jika
seseorang itu telah berusaha sedaya upaya mencari yang halal namun
dengan tidak sengaja telah tertipu.
Itulah yang menjadi perkiraan diakhirat nanti... Adakah kita telah berusaha mencari yang halal?
Dan
sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Darda’:
مَا
أَحَلَّ اللهَ فَهُوَ
حَلالٌ وَمَا حَرّمَ
فَهُوَ حَرَامٌ وَمَا
سَكَتَ عَنْهُ فًهُوَ
عَفْوٌ فَاقْبَلُوْا
ِمنَِ اللهِ عَافِيَتَهُ
فإنّ اللهَ لَمْ يَكُنْ
نَسِيّا
Maksudnya:
Apa-apa
benda yang Allah s.w.t. telah halalkan maka ia adalah halal dan apa-apa
yang Dia s.w.t. telah haramkan maka ia adalah haram, manakala apa-apa
yang Dia s.w.t. sengaja diamkan diri mengenainya maka ia adalah suatu
pengampunan (keharusan daripadaNya) maka terimalah pengampunan tersebut
daripadaNya kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mungkin akan lupa
)tentang sesuatu pun dalam menentukan hukumnya(.[9]
lina karim
Ulasan