Kisah Coklat Cadbury...3
Seseorang yang memakan produk yang dia ingatkan ianya halal tetapi satu hari ia diberitahu tidak halal. Dia pun berhenti
memakannya dengan penuh rasa bersalah dan mengharap Allah mengampunkan kesalahan yang diluar pengetahuannya itu.
vs
Seseorang yang memakan makanan yang siang-siang lagi dia dah tahu ianya haram. Tetapi ia makan dengan selambanya tanpa
rasa bersalah.
Jelaskan
soalannya?
Saya rasa ramai orang tanpa berfikir panjang akan nampak perbezaan.
Tentu kita akan berfikir mana ada orang Muslim Islam yang siuman jatuh
pada kategori ke 2 itu.
Tetapi
hakikatnya,
ramai orang Islam yang jatuh pada kategori ini. Mereka memberi keluarga
mereka makanan yang haram dimakan. Makanan dari wang yang tidak
halal. Makanan dari wang yang terhasil dari penganiayaan keatas orang
lain. Rasuah, Riba dsb.
Didalam
masyarakat kita, ada
ibubapa yang sanggup lihat anak-anaknya berlapar asal apa yang masuk
kedalam perut anaknya itu
adalah yang halal. Pernah saya mengenali seorang ibu yang menangis
sambil memasak bubur. Bila ditanya kenapa dia menangis dan dia berkata,
dia
kasihankan anak-anaknya, sudah berminggu-minggu makan bubur, Kerana
beras yang terhad untuk mencukupkan keperluan sebulan, bubur adalah
satu-satunya
makanan yang kelihatan banyak bila dihidangkan. Bila anaknya komplen
masih lapar, dia berkata kenapa tak baca bismillah sepanjang kita makan?
Jangan
baca doa makan masa mula hendak makan sahaja.. Dan anaknya terdiam.
Ada
pula
saya kenal seorang yang yang berprinsip lain... mereka beralasan Allah
Maha Mengetahui sebab kenapa dia melakukannya - Baginya Ia adalah satu
keperluan. Jika dia tak buat, tak makan anak bini dirumah. Mati kebulur.
Dan kelihatan anaknya memang mewah dengan makanan. Inilah makanan yang
zatnya
halal tetapi rohnya haram. Setiap makanan jangan dilihat dari segi
fizikalnya sahaja,Cuma kita lihat kandungan vitamin dan mineralnya
sahaja. Ia juga
punya roh. Ia punya tenaga tersimpan yang akan bertukar kepada tenaga
lain didalam tubuh anak-anak kita. Ingat, didalam Prinsip Quantum
Physics,
tenaga tidak pernah mati.. ia hanya bertukar bentuk sahaja.
Inilah
dia
punca anak kalau bijak mana pun dia akan melawan ibubapanya. Memang
benar Allah Maha Mengetahui. Tetapi Allah juga Maha Adil. Allah tidak
akan
memberi takdir anak-anak mereka menjadi yang sama kepada kedua ibubapa
ini kerana mereka sendiri adalah berbeza dalam menjaga apa yang Allah
perintahkan.
lina karim
lina karim
Ulasan