Menggunakan Deria Sensitif Pada Bayi
Indahnya
Islam...
Bayi lahir, bapa disuruh azan dan iqamat di telinganya. Deria pertama
yang disuruh gunakan dalam Islam adalah pendengaran.
Bila
dikaji oleh sains, mereka mendapati bahawa bayi mempunyai pendengaran
yang tajam dan sensitif, ini
mungkin kerana latihan dari dalam perut dimana dunia mereka gelap dan
kemahiran mendengar sahaja yang boleh mereka gunapakai. Semua bayi
mempunyai
deria penglihatan yang kabur ketika lahir. Mereka tidak dapat melihat
ibubapa mereka tetapi mereka mengenal suara mereka semasa mereka masih
dalam
kandungan lagi.
Jika
kita
ambil pengajaran daripada ini, Islam menggalakkan kita memperdengarkan
dengan yang elok. Menggalakkan kita menggunakan dan mempergunakan deria
pendengaran pada bayi itu dahulu.
Tetapi
kita
selalunya tidak mahu memerhati. Kita hanya terhenti sehingga melaungkan
azan dan iqamat sahaja ditelinganya. Bila bayi sudah sampai kerumah, ibu
berpantang di bilik bersama bayi sambil melihat cerekarama/telenovela
dll. Ingat! Telinga mereka sangat sensitif, jangan salahkan mereka jika
bila dewasa mereka menyerap apa yang telah diperdengarkan kepada mereka
sedari bayi. Pendedahan semasa kecil pada bayi dan kanak-kanak
seolah-olah
lukisan peta kehidupan yang akan dianggap biasa oleh kanak-kanak itu
apabila mereka dewasa nanti.
Alangkah
baiknya
jika pendengarannya disajikan terus dengan ayat-ayat Alquran? Ayat
Alquran yang dialunkan didalam rumah dimana bayi itu berada, bukan saja
membersihkan aura bilik bayi itu berada, malah ia melindung dari bayi
kita diganggu oleh syaitan. Sebagai bonus, ayat alquran yang
diperdengarkan akan
melekat dalam otak mereka. Menjadikan mereka senang untuk melagukannya
bila agak besar sedikit. Ia bagai lagu mendodoikan anak yang akan
diingat
hingga mereka dewasa.
Sebab
itu
bila orang bertanya pada saya, puan ada guna pelbagai produk, produk
apa yang patut saya gunakan dulu? Adakah Flashcard? Sebelum saya
menjawab,
saya akan bertanya umur anak. Jika ia masih baru lahir guna CD Mengaji
dahulu, Letak VCD atau flashcard depan mata dia pun, dia bukannya
nampak.
Jika
anak
dah agak masuk zaman kanak-kanak, barulah boleh dua-dua sekali. Sambil
melatih melihat flashcard, kita boleh perdengarkan mengaji diwaktu
lainnya. Bila nak start menghafal, tak teruk mengajarnya. Kerja mengajar
jadi mudah. Kita cuma betulkan sikit sana, sikit sini sahaja..
Apa
pun,
Sebelum mengajar anak, fahami peringkat umur mereka dan cara deria
mereka bekerja kemudian susun aturkan sukatan pelajaran kita
lina karim
Ulasan