Ajar Diri Sendiri Baru Ajar Anak Sendiri
Cerita Dari Puan Lina Karim
Lepas
tu
tak pernah pegang al quran kerana sekolah pun sekolah biasa je bukan
sekolah agama. Masuk UITM kemudian kerja. Sehinggalah saya mula bekerja
di
Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd. Masa tu sebagai Franchise Manager sebelum
saya dinaikkan pangkat ke Division Sales Manager untuk syarikat
tersebut. Eh,
lupa nak beritahu... masa tu belum kahwin lagi ye! Walaupun sudah sibuk
dengan dunia bekerja saya, tiap hujung minggu saya akan ke rumah ustaz
berjalan kaki dari rumah saya untuk belajar tajwid. Emm.. ustaz tu punye
bacaan bila dia mengaji.. mengagumkan saya! Yelah, kalau tajwid dah
betul,
baca mesti sedap. Berangan juga nak mengaji macam dia tapi saya belajar
sekerat jalan kerana saya ambil kelas malam di Stamford College Kuala
Lumpur, lepas kerja. Di tempat kerja saya bekerja bersungguh sehingga
dapat anugerah pencapaian. Jadi saya fikir kalau saya belajar lagi
tentulah lagi
cepat naik pangkat dan naik gaji! Biasalah orang muda. Masa tu begitulah
mentality saya. Makin penatlah hari-hari yang saya lalui dengan bekerja
dan
belajar menyebabkan belajar tajwid saya hentikan waktu itu.
Masih
ingat
lagi saya bercakap tentang pelaburan ilmu? Ingat lagi tak saya beritahu
tentang saya membeli berbagai jenis muqaddam VCD dan DVD? Dalam
banyak-banyak akhirnya tak semua saya guna untuk anak.
Yang
lainnya
bukanlah bermaksud satu pelaburan yang rugi. Ia masih saya gunakan
untuk saya sendiri mendalami ilmu tajwid saya sebelum saya mengajar anak
saya. Bagi ibubapa yang alqurannya tidak sefasih seperti saya ni jika
dibandingkan dengan orang yang mendalami al Quran diluar sana tu,
kenalah
belajar dulu sebelum kita mengajar anak kita.
Ya,
mungkin
ada yang bertanya saya belajar dari buku ke? Apa salahnya kalau kita
dah ada asas. Dulu saya belajar mengaji di rumah. Ibu saya yang mengajar
saya. Tapi setakat saya pandai membaca sahajalah. Tajwid tak masuk lagi
pasal tak diajar. Saya khatam quran umur saya 9 tahun. Kira 'average' je
lah
tu dengan kanak-kanak zaman saya.
Maka
adalah
tidak sukar dan tidak salah untuk saya belajar melalui buku pula. Untuk
pastikan apa yang kita belajar tu betul ke tidak, saya beli VCD belajar
mengaji dimana saya boleh melihat guru saya (guru lain) dalam gambar di
skrin TV.
Ketika
saya
bekerja dan belajar tajwid itu, saya tidak tahu pun saya akan
menggunakannya ilmu yang saya pelajari tersebut untuk anak saya.
Sebenarnya
persekitaran kehidupan saya pada waktu itu, tidak memerlukan saya untuk
belajar tajwid, tetapi adalah menjadi sikap saya yang dahagakan ilmu.
Tak kira
ilmu dunia atau akhirat. Itulah salah satu ciri yang perlu ada jika dia
benar-benar ingin menjadi pendidik kepada anaknya. Sentiasa dahagakan
ilmu dan sentiasa ingat untuk berkongsi ilmu tersebut kepada anaknya.
Kesimpulannya,
carilah ilmu untuk diri sendiri dahulu barulah kita boleh mengajar ilmu itu kepada anak kita nanti.
Ulasan