Anak Yatim Palestin
Terdapat tentang usaha satu badan NGO untuk membawa anak yatim
Palestin ke Malaysia. Memang ramai yang berminat. Saya percaya ini
adalah disebabkan oleh rasa kasih sayang, perasaan ingin membantu dan
kasihankan
mereka. Apa lagi setiap hari kita dipaparkan di laman media dengan
wajah-wajah comel mereka dibedil oleh Yahudi yang tidak berhati perut.
Mereka hidup
dalam keadaan yang penuh dizalimi.
Palestin adalah satu bangsa yang kuat. Bangsa yang diuji yang mewakili seluruh masyarakat Islam dimuka bumi. Mereka adalah satu bangsa yang "hidup nekad, mati berjihad" kerana mereka sangat dekat dengan kematian setiap hari. Tiada masa untuk mereka lalai, lupa atau leka. Samada untuk diri sendiri atau dalam mendidik anak anak mereka.
Berbeza dengan kita yang sentiasa lengah dan
leka. Bila anak merajuk tidak dibenarkan bermain
ipad atau gadjet, ibubapa minta diberi satu dua ciuman, kemudian
memberinya semula. Jika tidak dibenarkan menonton TV, mereka menangis
mengamuk,
kerana tidak mahu ianya berpanjangan, mereka bukakan TV itu semula. Jika
disuruh mengaji, mereka tidak peduli, ibubapa berkata "Tidak
mengapalah..
badan pun dah letih ni"
Bagi saya bukan anak Palestin yang perlu kesini tetapi ibubapa sini yang perlu untuk ke sana. Perlu untuk menerima tarbiah secara langsung tentang kehidupan yang makin suntuk masanya ini. Tiada lagi masa untuk lalai dan leka. Supaya mereka menghayati pentingnya mendidik generasi ditangan mereka itu yang akan bangkit membantu kebangkitan Islam akan datang.
Mungkin
bangsa Palestin adalah bangsa yang diuji, dan kita pula adalah bangsa
yang membantu yang
sedang diuji? Tidak mustahil bagi Allah. Allah pernah memilih bukan Arab
- Salahuddin Al Ayubbi, yang menjadi pembebas Palestin satu waktu
dahulu,
maka tidak mustahil ianya terjadi sekali lagi iaitu datang dari yang
bukan Arab. Kita tidak boleh mengubah dunia diluar tetapi kita boleh
mengubah
dunia milik kita - iaitu diri kita, anak-anak kita, keluarga kita. Dunia
akan bertindak mengikut apa yang telah kita ubah ini kemudiannya
nanti.
Beruntunglah
ibubapa yang mempunyai hati yang berada di Palestin tetapi tubuh berada
di Malaysia.
Itulah kita. Itulah dia ubat kepada leka
dan lengah dalam mendidik anak. Semoga kita punya semangat berjuang
dalam mendidik anak-anak dan beruntungnya kita disini adalah kerana kita
diberi Allah kebebasan untuk membuat pilihan memberi yang terbaik
kepada
anak-anak. Tidak seperti ibu-ibu di Palestin yang serba kurang dan serba
terbatas. Hargailah kelebihan yang
Allah beri pada kita disini.
Ulasan