Sayangi Anakmu Sepenuh Hati
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Muliakan anak-anak dengan mengajar
mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam
keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh
anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda
Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada
seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi pula tidak akan disayangi.”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang
untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti
dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Ulasan