Genius
Genius, aku mempunyai pendapat
yang sama dengan Puan Lina Karim tentang meaning genius. Genius bermaksud
sangat pintar atau kepintaran luar biasa. Ramai orang melihat perspektif genius
dari pelbagai sudut yang berbeza. Ada yang cakap menulis awal dalam umur 2
tahun itu genius pandai membaca sebelum 3 tahun itu genius. Seperti puan Lina
org melihat anaknya sebagai genius apabila anaknya boleh mengenal huruf pada
umur 1 tahun, membaca dan menghafal Al Quran pada umur 3 tahun sehingga
mendapat sijil hafazan 30 surah pada umur 3 tahun itu juga. Dilanjutkan dengan
hafazan surah panjang pada umur 4 tahun, Darwisya berumur 6 tahun telah
menghafal lebih 6 Juzuk Al Quran dan Darwish yang berumur 5 tahun telah
menghafal lebih 3 Juzuk Al Quran setakat ini. Mereka juga boleh bertutur dan
membaca dengan lancar dalam 2 bahasa pada umur 5-6 tahun iaitu Bahasa Inggeris
dan Bahasa Melayu. Penguasaan bahasa ketiga iaitu Bahasa Arab adalah sederhana
dan masih sedang belajar bahasa tersebut dari seorang guru Timur Tengah. Dalam
bidang matematik pula, anak sulungnya pernah memenangi Top 40 Award dari 2000
peserta didalam pertandingan International Mental Arithmetic Competition pada umur 6 tahun yang diadakan pada tahun 2012 .
Sebenarnya meaning genius adalah
lebih daripada itu. Ia lebih kepada kemampuan minda kanak-kanak menaakul dengan
berfikir secara kritis dan kreatif apa yang dipelajari dalam aktiviti
sehariannya bukan hanya mencedok bulat dengan apa yang mereka belajar. Jika
anda menonton filem Hindustan “3 Idiots” tentu anda akan faham. Contohnya, aku mengatakan anak aku
genius apabila aku memujuk Haikal berbuka puasa kerana kesian melihat die
keletihan dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 ptg die berada di sekolah kadang-kadang
dia tidak bersahur tetapi die tetap mahu terus berpuasa. Dia pernah bertanya
kenapa awan itu terdiri dari kepulan asap yang padat bagaimana ia terbentuk
menjadi kapas yang gebu. Dia pernah bagi tahu bahawa rakan perempuan sekelasnya
enggan memakai tudung bukankah ia aurat jika menampakkan rambut. See
kanak-kanak umur 7 tahun sekarang boleh menaakul apa yang dipelajari di
sekolah. Haikal memang lambat membaca tetapi die gemar mempelajari aktiviti
rekacipta dia buat origami bermacam2 jenis yang die pelajari dari youtube since
umur 4 tahun lagi. Dia mencipta landasan kereta api yang tinggi berpusing2 spt
roller coaster dari kotak2 yang dibuang oleh ayahnya. Memang Haikal kuat
berimiginasi kemampuan otak kanan lelaki sungguh luar biasa.
Dania pula penah aku upload her picture di laman social yang
dia tak pakai tudung so dia minta aku menukar picturenye yang pakai tudung malu
katanya. Walhal dia tidaklah konsisten pakai bagi kids seusia 5 tahun
sepertinya tapi dia boleh fikir rasa malu bila nanti ramai orang melihat
gambarnya tidak memakai tudung. Dania memang suka pakai t shirt dan seluar
jeans panjang dia jarang pakai dress or gown pernah minta dia pakai sebab tengok cousinnya Yasmin pakai cantik tapi die cakap malu nampak betis dan ketiak katanya
hehehe kalau nak pakai gown pun die mahu long sleeves dan juga pakai dengan seluar untuk
gown tersebut. Ada satu kes aktiviti luar die bersenam cikgu menyuruh buat bulatan disebabkan die
duduk bersebelahan dengan kawannya boy dia tak nak pegang tangan because dia
cakap haram tak boleh pegang, tak sangka she knows halal haram Alhamdulillah. Penah suatu ketika Dania pakai tudung tak bukak2 and then her friend ask her why Dania asyik tudung jer tak panas ke? But she answer "api neraka lagi panasslaaaa" ambik kau hahaha.
Dania suh change this pic
to this pic
Genius bagi aku adalah mereka yang terdorong
untuk melakukan kebaikkan dengan sendirinya tanpa perlu diberitahu. Atau lebih
tepat dikatakan … mendapat hikmah dan keberkatan Allah. Ya, semua bayi mempunyai kepintaran luar biasa jika
siibu tahu bahawa mereka sebenarnya memegang anugerah yang menunggu masa untuk
dikeluarkan dari diri anak mereka. Tetapi untuk melahirkan BAYI GENIUS , para
ibu amat perlu menitikberatkan penjagaan teliti dan rapi penuh insaf dan
tawadhuk sepanjang jangka kehamilan terhadap Pencipta ia itu Allah swt. Amiiin
Ulasan