Kelebihan Al Quran Dalam Mengajar Anak Membaca dan 'Speed Reading'

Tidak menghairankan kanak-kanak yang diajar membaca dan menghafal al Quran dari bayi mempunyai kemahiran Accelerated Learning untuk perkara lain selepas al Quran. Semasa mengajar al Quran, otak mereka telah dilatih untuk membuat 'Sistem Filing' - mengenal huruf, huruf yang bercantum menjadi perkataan, dan perkataan menjadi ayat. Jadi bila mereka diperkenalkan dengan huruf semula (dalam kes ini huruf abjad ABC) sistem Filing yang telah mencapai Tahap 5S tu, dengan mudah memfailkan pelajaran baru dalam masa yang pendek. 
Ini berbeza dengan seseorang yang tidak diajar al Quran atau apa-apa pun ilmu lain sebelum 5 tahun, tiba-tiba dia terus diajar membaca. Memang mereka tetap boleh membaca suatu hari nanti TETAPI ia memerlukan latihan yang konsisten dan lebih panjang berbanding dengan anak al Quran tadi.
Apa dia nak buat lepas anak dia pandai membaca? Jawab saya, Galakkan dia membaca buku cerita kegemarannya. Biar dia mengumpul lebih banyak vocab. Kemudian ajar "Speed Reading"
Menurut pakar Barat, kanak-kanak yang diajar Speed Read pada usia yang muda, mampu membaca 2000 patah perkataan seminit pada usia mereka 14 tahun. Hah! Kalau anak kita umur 7 tahun dapat 10% dari itu pun dah cukup baik... (Purata rakyat Malaysia yang dewasa membaca 140 patah perkataan sahaja seminit).
Menurut US Labor Department, ahli korporat/perniagaan yang membaca 7 buku pemasaran/perniagaan setahun mempunyai pendapatan 250% lebih dari mereka yang membaca 1 buku sahaja setahun.
 Banyak kelebihannya jika kita tahu speed read ini. Anak kita berpotensi untuk  menjadi orang yang bijak berbicara, ahli pemidato, strategist dan sebagainya kerana banyak ilmunya sebab banyak membaca! Yelah bila speed read sekejap je satu buku dah habis ditelaah berbanding dengan orang biasa berhari-hari tak habis lagi.. Maka jawab saya selepas anak sudah lancar membaca, ajarlah mereka baca cepat pula.  Tetapi speed read memerlukan anak kita berkebolehan membaca seperti ini dahulu. Bila mereka sudah boleh membaca seperti itu, sudah tidak perlu lagi melatih mereka membaca dengan suara. Biar mereka 'membaca senyap' sebelum latihan speed read.   
Cara Mengajarkan Anak Menghafal Al Qur'an Sejak Bayi
a. Bayi (0-2 tahun)
-Bacakan Al Qur'an dari surat Al fatihah
-Tiap hari 4 kali waktu (pagi, siang, petang, malam)
-Tiap 1 waktu satu surah diulang 3x
-Setelah hari ke-5 ganti surah An Naas dengan metode yang sama
-Tiap 1 waktu surat yg lain-lain diulang 1x2
b.  2 tahun ke atas
-Metode sama denga teknik pengajaran bayi. Jika kemampuan mengucapkan kurang, maka tambah waktu menghafalnya, tambah  dari 5 hari menjadi 7 hari
-Sering dengarkan bacaan al-quran
c.  4 tahun ke atas
-Aturkan waktu untuk menghafal dengan kosisten (istiqamah)
-Ajari muraja'ah sendiri
-Ajari menghafal sendiri
-Selalu dimotivasi supaya sentiasa bersemangat
-Waktu menghafal 3-4x perhari
BC dari Ustdz Ahmad Al Hafidz

Allaahummaj'alna fii ahli Qur'an , Allaahumma baarik fi auladina wa dzurriiyatina bil Qur'an, Allaahummarzuqna istiqomah fi tilawatil wa hifzil Qur'an...wa adhilna fi jannati fi Qur'an...Aamiin Allaahumma Aamiin


Ulasan

Catatan Popular