Kempen Jom Sentuh Anjing - #IWantToTouchADog
Baru2 nie gempar tentang kempen " I Want To Touch A Dog" but ape relevannya dengan kempen sebegitu
Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda:
Kempen
jangan zalimi anjing, itu betul.
1. Alangkah murni kalau dianjurkan kempen kucup pipi ibu bapa, kempen usap kepala anak yatim atau kempen sayangi pasangan suami isteri, justeru itu adalah kempen melakukan perkara yang menepati suruhan dan galakan Nabi s.a.w.
2. Kempen menyentuh anjing tiadalah munasabahnya di kalangan ummat Islam. Kalau kempen jangan zalimi binatang termasuk anjing, maka itu adalah betul. Lantaran Islam bukanlah agama yang berat dan kejam. Boleh sentuh atau pegang anjing jika ada keperluan seperti tujuan menyelamat atau merawat dan sebagainya.
3. Boleh juga menyentuh jika anggota kita dan anjing itu sama-sama kering kerana tiada berlaku najis di situ. Tetapi jika salah satunya basah (antara kita dan anjing) seperti kerana peluh atau kesan jilat anjing, maka ia menjadi najis mughallazoh (najis berat) dan wajib basuh dengan 7 kali air bersih dan salah satunya air bercampur tanah (samak) pada mana-mana anggota atau pakaian kita yang bersentuhan dengan najis mughallazoh.
4. Sementara hukum menajiskan atau mengotorkan diri dengan sengaja (tanpa sebab) adalah haram. Justeru Islam adalah agama yang bersih. Seperti kita bertemu tahi (najis mutawassitoh - sederhana), lalu tanpa sebab dan keperluan kita menyetuh dan mengotorkan diri dengan najis itu maka perbuatan itu hukumnya haram dan wajib segera membasuh dan membersihkan diri. Sementelah lah mengotorkan diri dengan najis yang berat (mughallazoh). Namun dalam kes menyentuh anjing ini, jika sama-sama kering (antara kita dan anjing), hukumnya tidak najis. Apabila tidak najis maka tidaklah berlaku perpindahan najis kepada diri kita dan hukumnya tidak haram.
5. Islam membenarkan ummatnya pelihara anjing untuk tujuan berburu, jaga tanaman, rumah dan seumpamanya. Adapun selain dari tujuan sedemikian maka ianya sangat tidak digalakkan oleh Islam bahkan haram jika kita dengan sengaja (tanpa sebab) memindahkan najis mughallazoh (berat) itu kepada diri, pakaian, tempat kediaman, apatah lagi tempat ibadah kita. (Harakahdaily)

Anjing dan isu
masyarakat Malaysia
Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.
Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.
Samakan Dengan Anjing
Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.
Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya)

- “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun
amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka
yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar
dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan
itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.
Islam Benci Anjing?
Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?
Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah:

- (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).
Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda:
- “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh
Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana
mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan
yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang
muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.
Bolehkah muslim memiliki anjing?
Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya)

- “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)
Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab
tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai
pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud
tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi
(meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.
Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.
Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?
Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.
Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis :

- “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung
dengan anjing.
Memelihara Anjing Dalam Rumah?
Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda:

- “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing
tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang
mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala
sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin
atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.
Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.
Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!
Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w:

- “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah”. (Riwayat al-Bukhari).
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah,
yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka
Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang
diizinkan.
Kesimpulannya jangan moden sangat dalam hal agama ianya akan merugikan diri sendiri. Kita boleh moden bab baju, bab kasut tapi jangan sesekali memodenkan agama sendiri. Hukum tetap hukum! Jangan cuba mengubahnya. Kadang-kadang takut memikirkan masa hadapan untuk generasi akan datang.
Ulasan