3 Melaun Sengal
Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn
niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden
cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk bertiga tu ke surau waktu
Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat
ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt seperti yg Tok
Imam sangkan" .
Maka, apabila hampir masuk waktu
Maghrib, pegilah malaun bertiga tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali
azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah
Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp Ali &
menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali di situ. Ali
bagi alasan nak cover malu, "Alahai Tok Imam ni..org baru nak cari
feel"..Tok Imam pun bagi jawapan mengena balik, "Feel pekebendanya. Nak
azan ni satu kg boleh dgr kamu nak mencari feel."
Selepas
iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram.
Tok imam pun satu hal, sbb baru lepas marah si Ali pasal azan, tok imam
angkat takbir sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg.. Sebelum
masuk kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat
belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin
pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun
ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si
Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee
tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil
ketawa terbhk2.
Tok imam pun gi amik wuduk baru.
tenangkan hati katanya. mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun
terus ke depan jadi imam solat tersebut. Bermula dari takbir sampai le
habis sembahyang. Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam
kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko
ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil
wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." Tok imam
pun terkedu & terpana...Alahaiiii..