4 Lelaki Ditarik Wanita Ke Neraka
Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat
golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Tazkirah ini bukan untuk
memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki
memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan
tanggung-jawab yang dipikul!
1. Ayahnya
Apabila
seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di
dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat... tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh
anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak
memperdulikan tindak tanduk isterinya. bergaul bebas di
pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum
lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang
alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan
turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila
ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu
abang-abangnya... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan
adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah
tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram
dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata &
sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat
kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH
SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA
DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Harga
seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang
muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg
mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak
mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita...