Bidadari Tercantik Syurga
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki
yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari
bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri
solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).Berjihad
pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan
Allah
swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan
sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka
akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah......:
Ainul
Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi
(dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat
di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa
yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2
syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda
teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut....tetapi
dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat
yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan
keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi...
tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut
dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah,dia bertemu
dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab
inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul
Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu
pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat
kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam
dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh
tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari
yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam
mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul
mardiah lalu wanita itu menjawab... eh tidakkk saya hanya khadamnya di
dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu
dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh
mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang
wanita yang berganda-ganda cantik dari yag pertama dan berganda-ganda
catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu
wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu
dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii...... tersentak itu
pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar
jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia
shahid barulah ceritakan
kepada nabi.Petang itu pemuda itu
bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar
berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid.Petang tersebut
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka
puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan
adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang
sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...
benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata
memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang
menunggu untuk berbuka puasa di syurga.... subhanallah...