Peraduan #NamaSiapaHebat Kereta Kompak Proton
Kalau tengok pada tajuk once
semua orang dah tahu kereta tersebut adalah Proton Iriz dan winner die adalah
remaja India dari kolej swasta berumor 20 tahun Rishalaini A/P Alagapan.
Walaupun mr hubby dapat consolation prize it's ok dari tak
dapat apa bukan kena bayar pun nak sertai cuma bagi idea nama jer and
description why you give that name.
Daripada 44,650 lebih penyertaan
di mana 92% daripadanya dihantar menerusi dalam talian dan selebihnya melalui
kiriman pos hanya seratus lebih dipilih sebagai pemenang dah kira nasib baik
sangat. Congrats mr hubby cuma dia macam ralat sikit dia cakap dia ada bagi
nama banyak termasuk nama Iriz cuma ejaan dia Iris la then decription dia
kurang power tak banyak penerangan. Nak tahu why dipilih Iriz sebagai nama
kereta kompak proton nie Iris merupakan bahagian pada mata manusia yang
bertanggungjawab mengawal jumlah kemasukan cahaya pada retina yang boleh
dianggap sebagai simbolik pada “elemen semula jadi dari Proton untuk melihat
penumpang di dalam kenderaan.”
Abjad “Z” telah menggantikan “S”
bagi memberikan sebutan yang lebih segar. Malah Proton juga mendakwa nama ini
menjadi pilihan utama untuk menarik minat lebih ramai sasaran pembeli khususnya
generasi muda. So winner peraduan ‘Nama
Siapa Hebat’ milik Rishalaini berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu Proton
Iriz 1.6 Premium CVT bestkan and well done to my mr hubby en. Nan.