Perbezaan Lelaki dan Perempuan
Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.
Kulit lelaki lebih kasar , kulit perempuan lebih halus.
Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.
Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita.
Tulang
wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan
wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.
Demikian
juga pada segi psikologi , wanita secara umum lebih bersikap mudah
mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan
hubungan perasan.
Apabila mengamati benda, kedua-duanya
juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala
wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar.
Pengamatan
lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala,
pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak
benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil
sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada
matlamat utama.
Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang
mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg
tangan mereka lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil
sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting
dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada dompet duit,
kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat
rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala,
gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ???
dan macam-macam lagi. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya
kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh
berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah
pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.
Pada lelaki,cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu
sampai ke matlamat. Duit untuk membeli.Lesen memandu supaya selamat
daripada disoal polis.
Demikianlah perbezaan yang wujud
antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri
ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga
kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang
kedua-duanya bekerja,mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi. Dalam
banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya,
apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk
dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka
ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke
sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi,
anak belum makan lagi . Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua
benda, kerana padanya, pabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya?
Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.
Apabila
si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila
masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu,
satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang,
diperhatikan dieselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas
berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang
menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli
sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli
belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.
Contoh-contoh
tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki.
Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika
mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami,
apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mengangkat
botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke
rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan
untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang.
Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan
perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita,
maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana
perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.
Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang-menyayangi.