Saat Aku DiTalkinkan
Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti
mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu
mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang
memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.
Tapi
selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku
pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada
ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa
lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.”Mengucap sayang,,mengucap…….. Asyhaduallailahaillallah………” ucapan
itu
dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia
yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah
menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya
serta yang pernah merotanku kerana degil.
“Bagaimana
dengan keadaannya doktor?”Aku amati suara itu.Pasti itu suara
abang.Mungkin abang baru sampai. “Tenat”,jawab doktor dengan ringkas.
“Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu
usaha”. Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang
abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu.
datanglah….. Tapi mataku…….semakin gelap.Adakah aku sudah buta?
Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.
“Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.”Abangkah yang bersuaraitu?
Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah
adikmu ini.Tolong bukakan mataku.
“Tekanan darahnya amat rendah”. sayup sayap kedengaran
suara
doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu
menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu…..aku
tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
“Yassin……”.bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu
suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah
aku sudah menghampiri maut????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul
maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut
datang.Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan semakin
sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak
kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan
dengan sakaratul maut.
“Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut”.Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua
sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan
rintihan “Panas,dahaga,haus,panas……..”.tapi tiada siapa pun yang
peduli.Nenekku datang,”Nenek………..”. “Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu
air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air
ini”.
“Ibu……”.
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
” Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi…..”.
Ayah…….kau datang ayah…….”.
“Matilah
dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang
membantu kau masuk ke syurga”. “Nenek….ibu…..ayah……suara kau kah
tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan
aku?? “Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah……”.Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.
Manusia-manusia
berjubah hitam datang.”Mari ikut kami”. manusia-manusia berjubah hijau
datang membawa bersamanya payung hijau,katanya”Mari ikut kami”.cahaya
putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang
.”Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut…….!!!!!!”. Kedinginan
menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan
kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat
maut di hujung kepalaku. “Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan
Allah…….”.Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam
tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun…. Malaikat-malaikat yang
menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang
sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. “Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya……”.
“Assalamualaikum……”.
“Siapa yang memberi salam itu?”.
“Aku”.
“Kau siapa wahai pemuda???”.
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah
melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia
ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut
hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang
hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat
keluar.Tanpa di pedulikannya……jijik,loya,aku rasa……..teramat loya
melihatnya.
“Kau tak kenal aku?”.
“Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini”.
“Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari”.
“Bohong!”.Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
“Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini”.
“Akulah amalanmu yang keji……….”.
Aku
terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah
pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang
kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang
teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak
dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau
kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana
Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua
telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus
lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas
dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata
abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini??
“Tolong….sejuk!!!!Kenapa
air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan
kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku
malu…..malu…..malu……!!!!!!”.
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat
kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih
itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi
satu dengan kain itu. “Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian
semua buat aku macam ini?Tolong rimas….panas……..”. Kemudian aku di
letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam
menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang
pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?
Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
“Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”.Dan kini
baru
aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat
takbir,ruku’,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian
di letakkan di dalam kotak kayu.
Kotak apa ini?”Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan
abang.Aku diusung setapak demi setapak”. “Al-Fatihah!”Keengaran suara
tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di
belakang.tapi kemana dia bawanya aku?”. Nun jauh di sana,kelihatan tanah
perkuburan kampungku. “Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku
takut!!!!!!”. Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang
besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke
dalam liang itu. “Perlahan-lahan”,aku terdengar suara tok imam
memberitahu.”Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!”.Kini aku
berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan
tanah menutupiku.
“Tanah apa ini?”.
“Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah”.
“Innalillahiwa
innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah
kita kembali”. Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.”Sesungguhnya mati
itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan
neraka itu jua benar……..”.Sayup sayap aku terdengar tok imam terus
membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin
kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit
demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin
gelap dan ……aku kini keseorangan.
“Nanti!Nanti!Tolong!Tolong
ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku
takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolonggggggggggggggggggggg
gggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg ggggggg !!!!
-SIAPA YANG BOLEH TOLONG KITA KALAU KITA TIADA BEKALAN AMAL SOLEH SEWAKTU DI DUNIA-……
“SAKITNYA
SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS
DAGING DAN TULANG SERENTAK…DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT.”