Ilmu Yang Perlu Ada Untuk Kanak-Kanak Generasi Hadapan



Memang sebagai parent kita sentiasa ingin memikirkan sesuatu yang terbaik buat anak-anak. Jika membaca penulisan Puan Lina kita akan sentiasa terfikir-fikir dan membuat persoalan "oh patut la, memang patut pun buat macam tu". Memang penulisan Puan Lina dalam Islamic Parenting sentiasa dijadikan rujukan. Perkongsiannya ringkas tapi padat merangkumi semua aspek.Terlampau banyak ilmu yang ingin kita cedok di dunia namun yang penting keseimbangan dunia dan akhirat. Yang paling penting anak-anak akan sentiasa istiqamah dengan apa yang mereka belajar dengan pengetahuan di sekolah, rumah mahupun dunia luar. Moga yang baik itu menjadi ikutan InsyaAllah.


Lagi 2 weeks sekolah akan bermula, memang betul pengalaman menghantar anak ke sekolah dan bila berjumpa ibu-ibu lain yang juga menghantar anak mereka, apa yang kita lihat mereka kelihatan sangat mengambil berat tentang prestasi anak-anak mereka disekolah. Antara topik yang hangat bila kami berjumpa sewaktu mengambil keputusan peperiksaan adalah, di mana hantar anak Tuisyen atau apa-apa  kelas tambahan bila mereka tahu akan keputusan anak masing2. Kita akan lihat, ibu yang ada anak yang lebih besar akan membandingkan prestasi anaknya yang kecil dengan anaknya yang besar itu ketika umur yang sama mereka sangat stress dengan keputusan jika ianya tidak seperti yang mereka harapkan. Tiada apa yang perlu dikejarkan dengan ilmu dunia yang berada di kurikulum sekolah itu samada apa pun nama sistem pentaksirannya sekarang atau yang akan datang nanti. walaupun kita tahu ia baik untuk majoriti, namun masing2 mahukan kelainan untuk anak-anak agar tidak terlalu bergantung pada penilaian atas kertas atau sekarang sudah online apa yang penting adalah kendiri mereka.


Cuba kita teliti apa yang ibu Sultan Muhammad Al Fateh, Huma Hatun berikan pada anaknya hingga anaknya menjadi seorang yang hebat moga menjadi ilham buat ibu bapa zaman sekarang. Meneliti dan menelurusi apa yang menyebabkan beliau hebat, adalah kerana ilmu yang ada padanya. Ilmu itu menyerlahkan aura kepimpinannya. Setiap raja boleh menjadi raja dalam negaranya sendiri tetapi tidak semua boleh menjadi raja yang memimpin rakyatnya atau tenteranya untuk menakluk negara lain. Raja seperti ini perlu aura yang lebih tinggi dari raja yang senang lenang duduk di singgahsana. Sultan Muhammad Al Fateh adalah Raja terbaik seperti yg disabdakan dalam hadis Rasulullah SAW yang  memimpin tentera yang terbaik.Jika beliau hidup dizaman ini, pernahkah kita terfikir apakah ilmu yang ibunya akan berikan kepada ‘al fateh junior’nya ini? Di bawah adalah apa yang difikirkan ilmu yang relevan dalam dunia yang semakin bergerak pantas, untuk anak-anak ketika masih kecil lagi yang berkemungkinan besar juga telah dikuasai oleh al Fateh.


Ini adalah perkongsian yang rasional dikongsi dari Islamic Parenting


Kemahiran Speed Calculation                                                                                                                        

Sultan Muhammad Al Fateh adalah seorang yang bijak dalam bidang Matematik, Sains dan Kejuruteraan. Asas yang perlu untuk penguasaan bidang ini adalah kemahiran pengiraan (calculation). Jika ia dipertingkatkan kelajuannya maka lebih tinggilah penguasaannya. Bukan mudah untuk menyusun sumber negara termasuk ketenteraan jika tidak tahu matematik dizaman yang tiada calculator dan komputer.




Kemahiran Speed Reading


Sultan Muhammad Al Fateh menguasai ilmu cabang Sains dan juga 6 bahasa! Ini semua pada umurnya 17 tahun. Sebahagian riwayat berkata pada umur 21 tahun. Jika dia tiada mempunyai kemahiran speed reading ini, mana mungkin dia menguasai banyak ilmu dengan waktu yang pendek.


Jangan terlalu lama membiarkan anak-anak memandang satu jarak yang sama pada waktu yg lama. Contohnya ipad atau tv.  Perkakasan yang melalaikan ini memang hebat dalam melalaikan dan merosakkan umat Islam. Speed reading memerlukan mata yang berkeadaan baik dan terlatih.


Kemahiran Mind Mapping


Sultan Muhammad Al Fateh adalah seorang perancang yang teliti. Sebelum beliau pergi ke Kota Konstantinopal, beliau telah memulakan dengan menghantar penyiasat ketenteraan lama sebelum beliau memimpin tenteranya ke kota itu bagi mengumpul pelbagai maklumat. Penyiasatan dan perancangan yang teliti ini perlu diajar kepada anak2 kita untuk dia merancang apapun yang diimpikan dalam hidupnya.


Kemahiran Pengurusan Kewangan


Pada ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al Fateh, negaranya itu mempunyai simpanan khazanah yg paling tinggi dalam dunia islam ketika itu. Ini menunjukkan bahawa beliau juga bijak dlm pengurusan kewangan. Jangan salah faham bijak matematik tidak semestinya bijak memguruskan kewangan. Kalau tidak, takkan kita mempunyai ramai lepasan siswazah yang bankrup sejurus sahaja mereka melangkah masuk bidang pekerjaan. Peratusnya pula semakin meningkat. Adakah kerana mereka tidak pandai matematik? Tidak.


Pengurusan kewangan ini perlu diajar sejak kecil. Financial Literacy for kids. Program ini popular untuk ibubapa bangsa lain. Contohnya interest,base rate compunding interest yang diamalkan oleh pihak kapitalis. Ia memang haram tetapi anak kita tetap perlu tahu bagaimana perkara haram ini berfungsi dan menyerap dalam kehidupan kebanyakkan orang islam sejak mereka dari kecil lagi. Ini kerana satu hari dia akan menguruskan kewangan dirinya sendiri, atau jika dewasa  kewangan keluarganya, perniagaannya, persatuannya dll.



Kemahiran Programming


Sultan Muhammad Al Fateh sangat bersungguh untuk memdapatkan ilmu teknologi tinggi dizamannya. Jika tidak, dia mungkin tidak berfikir untuk mendapatkan kepakaran membina meriam untuk ketenteraannya. Beliau adalah manusia pertama yang menggunakan teknologi meriam didalam peperangan.


Jika beliau hidup didalam teknologi maklumat ini, sudah pasti dia juga mahukan teknologi maklumat untuk umat Islam.


Mendiang Steve Jobs pernah berkata, “I think everybody in this country should learn how to program a computer — because it teaches you how to think. – Steve Jobs“


Mungkin rentetan dari itu atau kerana kesedaran yang telah ada sebelum itu, Masyarakat Barat telah pun mula mengajar programming untuk anak anak yang mereka panggil… Programming for Kids atau Coding for Kids.


Kini dunia lebih cepat ditakluk dengan menggunakan teknologi maklumat kita boleh lihat akan keperluan ini untuk umat Islam. Namun ia lebih sempurna jika ciri-ciri itu berlandaskan intipati al-Quran



sumber: Islamic Parentinghttp://epinjamanperibadi.blogspot.my/2015/03/bank-rakyat-personal-loan.html

Ulasan

Unknown berkata…
Saya setuju dengan artikel di atas..
Kita tak perlu terlalu bergantung pada penilaian atas kertas..
Ibu bapa jangan cepat gabra kalau anak tak perform kat sekolah..
Yang penting bagi pendidikan asas sekukuh-kukuhnya
Lain orang lain kebolehan :)

Catatan Popular