Kaedah Hafazan Neuro Nadi – Kemampuan Menghafaz Al Quran Dengan Turutan Terbalik

 

1. Kanak-kanak perlu tahu nombor dan turutannya


Sebelum mempelajari teknik ini, kanak-kanak perlu tahu nombor dan turutannya . Untuk surah Juzuk Amma dia perlu tahu nombor 1- 47 kerana surah terpanjang dalam Juz Amma  mempunyai 47 ayat. Boleh juga bermula jika dia hanya tahu no. 1-3 sahaja tetapi hanya surah yang mempunyai 3 ayat sahaja yang boleh diaplikasikan dengan teknik ini. (Cth surah al Ikhlas)



2. Ajar kanak-kanak ‘mesra’ dengan nombor-nombor atau lebih baik ajarlah mereka matematik atau Mental Arithmetic seawal mungkin.


Ini supaya mereka mudah dan biasa dengan nombor dan boleh mengaitkan nombor itu dengan ayat al Quran. Contohnya mereka perlu lancar menjawab selepas nombor 8 adalah 9. Tetapi jika mereka masih perlu mengira dari 1..2…3…4 – 9 untuk mengetahui jawapannya adalah 9 (kebiasaan kanak-kanak awal pra sekolah adalah seperti ini), bermakna teknik ini belum lagi sesuai untuk mereka. Kita tidak mahu mereka sibuk mengira ketika sedang membaca dan menghafal al Quran. 

3. Kanak-kanak Perlu Dilatih Otak Kanannya untuk meningkatkan “Kemahiran Photographic” Memory Mereka


Latihan itu berguna untuk intro yang menyeronokkan  bagi kanak-kanak yang ingin didedahkan dengan Teknik Hafazan Nadi AlBahdadi ini. Mereka perlu diajar tentang menangkap memori untuk disimpan sebagai imej  visual dalam otak mereka supaya kemudian boleh mengeluarkan imej tersebut walaupun ianya telah tiada. Atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘Photographic Memory’. Teknik Nadi Neurofisiologi ini memerlukan kanak-kanak mengingat apakah ayatnya dan dimanakah kedudukan ayat tersebut. Contohnya Surah An Naba’ dibawah ini.. posisi kedudukan ayat adalah seperti dibawah. Seorang kanak-kanak itu perlu dengan cepat perlu mengingat dan  mengetahui dibawah no. 3 adalah no. 6, atau kedudukan diatas nombor 8 adalah no. 5.  Kemudian kaitkan kedudukan nombor ini dengan ayatnya. Contohnya No. 5 posisinya adalah kedudukan tengah baris kedua dan ayatnya adalah “thumma saya’lamun”

4. Jika anak-anak telah mengenal nombor dalam Bahasa Arab adalah satu bonus


Oleh kerana al Quran dalam Bahasa Arab, setiap hujung ayat ada nombor ayat. Nombor ayat ini ditulis dalam Bahasa Arab. Jika mereka tahu nombor dalam Bahasa Arab ini, rujukan atau semakan senang dilakukan untuk mereka
Juga, cara ianya ditulis tidak seperti rumi dimana kita akan menulis nombor dahulu sebelum perkataan.

5. Jika anak-anak telah tahu membaca walaupun merangkak, ia juga adalah satu bonus

Walaupun anak-anak kita  tidak boleh membaca al Quran, ianya tetap boleh dilakukan kerana teknik ini menggunakan aktiviti berkumpulan. Permulaannya mereka mendengar 3X sebelum mengikut mengulang.. jadi ianya boleh diikuti oleh mereka yang tidak boleh membaca al Quran. Tetapi jika mereka sudah boleh membaca, proses ini boleh menjadi lebih mudah.


 

 

 

Sumber : Islamic Parenting



Ulasan

Catatan Popular