Kesan Anak Yang Tidak Dididik Dengan Al-Quran Sejak Kecil
1-
MASALAH AKIDAH
Oleh kerana Al-Quran adalah sumber perlembagaan Umat Islam,
jadi jika seseorang itu tidak kenal dengan Al-quran, jarang membukanya, tidak
tahu pula membacanya, bagaimana dia dapat mengukuhkan akidahnya?
2-
ISLAM HANYA PADA NAMA
Apakah yang akan terjadi kepada Umat Islam jika mereka semua
tidak mahir membaca Al-Quran, apatah lagi memahaminya?Al-Quran yang merupakan
mukjizat terbesar disia-siakan dan dibuang begitu sahaja. Akhirnya mereka yang
tidak berstatus Islam yang mengambilnya dan mengkajinya dan merekalah yang
berjaya dalam bidang mereka.Umat Islam pula hanya berstatuskan Islam, tetapi
tidak dapat membacanya, apatah lagi menghayatinya. Tinggallah Islam hanya pada
nama sahaja.
3- MASALAH AKHLAK
Al-Quran
mempunyai kuasa melembutkan hati manusia seperti mana yang berlaku kepada
Saidina Umar dalam kisah pengislaman beliau.Orang yang sentiasa membaca Al-Quran akan lembut dan terang
hatinya. Berbeza pula orang yang tidak pernah menyentuh Al-Quran, bagaimana
hatinya akan lembut? Begitu juga jika ibu bapa
inginkan anak-anak tidak keras hati, senang menerima nasihat, hiasilah hati
mereka dengan Al-Quran sejak kecil.
4- MASALAH PELAJARAN
Orang
yang sentiasa mendampingi Al-Quran akan kelihatan lebih terkehadapan dalam
pelajaran kerana bukan hati mereka sahaja terbias dengan cahaya Al-Quran,
malahan akal mereka juga biasa beroperasi untuk mengingati ayat-ayat Al-Quran.
5- SUKAR MENDAMPINGI MAJLIS-MAJLIS ILMU
Mereka yang tidak biasa membuka Al-Quran akan
liat untuk mendampingi majlis-majlis ilmu berbanding mereka yang biasa dengan
Al-Quran yang sentiasa dahagakan ilmu dan rindukan majlis-majlis ilmu.
6- SUSAH MENJADIKAN
AL-QURAN SEBAGAI SAHABAT BAIK.
Bagaimana
seseorang itu hendak menjadikan Al-Quran sebagai sahabat karibnya jika dia
tidak dibiasakan bersahabat dengan Al-Quran sejak dari kecil? Tetapi, jika ibu
bapa telah membiasakan anak-anak dengan Al-Quran sejak dari kecil, InsyaALLAH
anak itu tidak akan kekok untuk
menjadikan Al-Quran sebagai teman baiknya yang akan diziarahinya saban hari
dengan membaca dan mentadabburnya.
7- BERHATI KERAS
Hati
lalai dan leka dengan hiburan dan hal-hal dunia akan keras dan hitam dari
mengingati Allah. Tetapi hati yang biasa
dengan Al-Quran sejak dari kecil, InsyaALLAH akan mudah terima hidayah Allah
dan bimbingan dari manusia.
8- Tidak Menjamin Mahir Membaca Al-Quran Di Masa Hadapan
Anda tidak dapat menjamin anak anda akan mahir
membaca Al-Quran jika anda menghantarnya ke sekolah dan bukan anda sendiri yang
mengajarkannya. Tetapi jika anda
membiasakan anak anda dengan Al-Quran dan mula menghafalnya, InsyaAllah anak
anda akan mahir Al-Quran dan seterusnya mudah dalam matapelajaran yang
berkaitan dengan Al-Quran dan agama.
9- Nilai Ilmu Dan Rohani
Al-Quran
bukan hanya mempunyai nilai ilmu yang tinggi dikejar oleh barat. Malahan
Al-Quran penuh dengan nilai kerohanian yang mendekatkan diri hamba dengan Allah
SWT. Jika anak-anak tidak kenal dengan Al-Quran sejak dari kecil, bagaimana
agaknya dia akan dapat memiliki kedua-dua nilai dan asset yang berharga ini?
10- Langkah Untuk
Memahami, Mentadabbur Dan Mengamalkan Al-Quran
Mempelajari
Al-Quran bukan sekadar untuk membaca dan menghafal sahaja. Malahan kita
mestilah memahami apa yang terkandung dalam Al-Quran, mentadabburnya dan
mengamalkannya. Jika tidak, kita tidak ubah seperti keldai yang membawa
kitab di belakangnya, ia tidak tahu nilai ilmu di dalam kitab itu, ia hanya
memikulnya sahaja. Apabila anak anda sudah
menghafal Al-Quran sejak dari kecil lagi, InsyaALLAH dia akan mudah untuk
meneruskan langkah seterusnya untuk mentadabbur dan memahami Al-Quran
seterusnya mengajarkannya kepada orang lain.
sumber: Islamic Parenting
Ulasan