Memanah Aktiviti Sunnah Rasulullah SAW
Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan contoh terbaik
kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian.
Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai
aktiviti riadah.
Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar
memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar,
dan Thabarani)
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi
SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW
bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah.
Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu
kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu
berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada
bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis
riwayat Bukhari)
Kebaikan
Memanah
Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target
pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah
emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung,
sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang
sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya,
kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan
holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.
sumber: Islamic Parenting
Ulasan