Impak Kem Motivasi Cuti Sekolah 2014
Solat berimam melatih menjadi pemimpin
perbincangan dalam kumpulan
presentation
bersaing dalam kumpulan
Alhamdulillah sepanjang program
cuti sekolah Haikal pada tahun 2014 mempunyai pengisian yang baik untuk
dirinya. InsyaAllah moga dia terus istiqamah dan mengambil sesuatu kebaikkan
dari program yang diikuti itu secara berterusan. Bermula dari Kem Anak Soleh
pada cuti awal tahun, then Kem Sahabat Al Mizan pada cuti pertengahan tahun
yang last sekali Kem Mahabbah dan Kem Syabab 1 dan Syabab 2 semuanya di Masjid
Al Mizan Putrajaya. So impak yang diberikan agak bagus untuk age seusianya.
sijil2 penyertaan
Melalui program kem motivasi
seperti itu Haikal jadi lebih berani berdepan dengan crowd sebab aku tahu dia
seorang pemalu dan dia lebih berdikari. Secara tak langsung aktiviti tersebut
membentuk sahsiah dan kendiri kanak2 itu sendiri, because melalui kem-kem
motivasi camni Haikal boleh tahu bagaimana bekerjasama dalam group, buat
presentataion, bersaing antara group dan macam2 lagi. So dengan join bende2
camni die lebih bersikap keterbukaan dan bersosial tidaklah hanya menghadap
gajet or tv dari cerita yang entah hape2 then mengambil contoh watak kartun
sebagai idola
mempraktikan bersama Dania ..Solat berimam..
Hakim dah mula kaco
macam kena buat semula jer...hehehe...
Salah kita jika kita masih tidak
ceritakan idola terbaik buat anak kita seperti kisah al Fateh supaya anak-
beralih kepada idola yang lebih realistik. InsyaAllah aku juga akan bercerita
bagaimana Al Fateh ini mempengaruhi perjalanan dan perkembangan dunia Islam
suatu masa masa dahulu sehingga Kota Konstatinopal jatuh ke tangan orang Islam
dalam hidup anak aku nanti. Pernah dengar cerita Dracula? Dracula adalah rakan
sepermainan al Fateh. Tinggal bersama al Fateh. Dia dididik bersama al Fateh.
Kerana didikan yang sama
kualitinya ini menyebabkan Dracula menjadi satu tokoh hebat dan licik yang
diagungkan oleh orang Kristian. Ratu England, Ratu Elizabeth dan Prince Charles
dengan bangganya mengaku bahawa mereka mempunyai susur galur dengan Dracula
ini. Sesiapa sahaja melalui pendidikan yang diberikan kepada al Fateh akan
terbentuk menjadi seorang yang hebat, tidak
kira siapa latar belakang mereka atau agama mereka. Itulah dia kehebatan
pendidikan. Semoga kita semua mampu mengubah pendidikan yang kita berikan
kepada anak kita selaras dengan pendidikan yang diberikan kepada al Fateh.
Ulasan