Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama
Credit to Google Plus
Jepun sememangnya destinasi
pelancongan utama yang terbaik bagi mereka yang berminat dan menghargai keindahan
alam ciptaan Tuhan. Aku memang sangat teruja jika diberi kesempatan melancong dan
bercuti di Jepun kerana aku dan generasi sekarang membesar dengan siri
anime Jepun seperti Doraemoon dan Ultraman. Apa yang paling menarik keinginan
untuk ke Negara Matahari Terbit ini bukan hanya tempatnya yang cantik dan menarik tetapi ianya digamit perasaan untuk mengetahui dan mendalami
masyarakat Jepun itu sendiri. Mereka
adalah satu-satunya antara bangsa berdisiplin dan rajin bekerja di dunia,
daripada sikap ini Tun Dr Mahathir mengilhamkan “Dasar Pandang Ke Timur” agar
kita mencontohi cara masyarakat Jepun bekerja dan kecanggihan teknologi mereka. Kebangkitan
Jepun selepas dibom di Hiroshima dan
Nagasaki dan bencana alam seperti Tsunami sememangnya menggambarkan masyarakat
Jepun sebagai satu bangsa yang gigih, cekal dan kental.
Di samping itu Jepun adalah
destinasi yang mempunyai tempat-tempat menarik yang cantik contoh bandar Tokyo
merupakan tempat bersejarah yang ikonik. Apa yang paling menarik adalah keunikan
percampuran antara budaya Timur dan Barat, yang baru dan lama. Makan angin ke
Jepun ibarat mengunjungi sebuah tempat paling moden di Asia berbanding tempat
lain di dunia. Satu lagi Jepun sangat sinonim antara negara paling bersih di
dunia. Ini menambahkan lagi keterujaanku.
Credit to Google Plus
Jika berpeluang ke Jepun jangan
lepaskan peluang melawat satu bandar di tengah-tengah Jepun yang merupakan
destinasi alaf sejarah yang terkenal dengan konsep “zen garden” sememangnya
gaya dekorasi konsep zen menjadi inspirasiku kerana ia bersifat alam semulajadi. Di Kyoto kita berpeluang menyelami
tradisi, adat resam seperti upacara teh, gubahan
bunga, kimono dan Maiko. Kyto juga adalah tempat popular dengan “cherry
blossoms” iaitu bunga sakura bertempat di Taman Tenshochi. Jom kita alami
hospitaliti, mistik, budaya, kesibukan, dan ketenangan yang menjadikan Kyoto
destinasi pelancongan utama Jepun.
Upacara Minum Tea
Credit to Google Plus
Selain dari ingin mengetahui
tentang teknologi seperti gajet dan robot juga penghasilan kartun Anime dan
Manga serta sukan Sumo, jika berpeluang ke Jepun aku hendak sangat naik kereta api laju iaitu “bullet
train” di Shinkasen. Ianya merupakan pengangkutan paling efisyen di Jepun namun
begitu masyarakat Jepun masih menggunakan basikal ke tempat kerja, sekolah dan
membeli belah, betul-betul menggamit nostalgia masyarakat Jepun ini.
Jika berpeluang ke Jepun juga,
selain ingin mengetahui tradisi purba Jepun seperti Samurai dan tempat diciptanya makanan Sushi terasa ingin sekali menakluk Gunung Fuji. Gunung Fuji sangat sesuai untuk
mereka yang sukakan aktiviti lasak sudah tentu ia akan melakar detik-detik memori paling manis dan
terindah jika berpeluang menaklukinya.
Credit to Google Plus
Jadi secara ringkasnya dapat dirumuskan Jepun sememangnya destinasi pelancongan utama. Antara 10 tempat menarik yang mendapat undian daripada pelancong melalui website “Trip Advisor” adalah seperti berikut:
1. Fushimi Inari Shrine – Kyoto
2. Hiroshima Peace Memorial Park
– Hiroshima
3. Miyajima Island / Itsukushima
Shrine – Hiroshima
4. Kinkakuji – Kyoto
5. Todaiji Temple – Nara
6. Mt. Takao / Okunoin Temple –
Tokyo
7. Kiyomizu Temple – Kyoto
8. Shinjuku Gyoen Park – Tokyo
9. Hakone Open-Air Museum – Kanagawa
10. Shinshoji Temple / Naritasan
– Chiba
Pakej Pelancongan ke Jepun
Rugi rasanya jika tidak mengambil peluang sekali seumur hidup untuk menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini. Anda ingin melancong ke Jepun dengan harga bajet? Jangan risau, Japan Budget Trip [ klik ]ada untuk merealisasikan impian anda untuk ke Jepun.
Teringin merasai salji dan melihat keindahan bunga Sakura, Japan Budget Trip ada menawarkan pakej JAPAN BUDGET TRIP 2015 (SNOW & SAKURA) [KLIK] bagi yang berminat.
Antara tempat lawatan termasuklah Tokyo Disneyland, Day Trip to Gala
Yuzawa (Ski Resort/ Shinkansen), Day Trip to Karuizawa Shopping Plaza
(Shopping Plaza/ Ski Resort/ Shinkansen ride).
Satu lagi pakej pelancongan ke Jepun yang sangat menarik perhatian Shad adalah Japan Budget Trip - JBT : Jom ke Kansai 2015 (Osaka / Kyoto / Himeji) [klik]. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Jepun dengan harga bajet bersama dengan Japan Budget Trip.
======================
Maklumat lanjut :
Facebook : https://www.facebook.com/japanbudgettrip
Blog : http://ayaharif.blogspot.com/
======================
Entry ini ditulis khas untuk penyertaan "Bonus Awal Tahun 2015 : Pakej ke Jepun PERCUMA" di blog http://ayaharif.blogspot.com/
Penaja Utama : Japan Budget Trip
Penaja Bulanan/Saguhati
Hadiah Utama: 1 Package ke Jepun bersama JBT
Hadiah Bulanan
Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30
Ulasan
Boleh admin share sikit lagi info tentang Jepun. Thank you.
Sekiranya sesiapa memerlukan servis membina laman web, boleh layari http://www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ .
Harap info yang saya share membantu anda.