Kanak-Kanak Digelar Overdose Vitamin
Zaman kanak-kanak memang digelar “overdose vitamin”,why i said that sebab waktu inilah mereka akan
mencuba apa sahaja tanpa memikirkan bakal risiko apa yang dicuba jika tiada peringatan
atau pesanan dari parent. Jika kita lihat baby masa proses growing memang cekal dan kentalkan
bermula dari proses meniarap, merangkak, dan berjalan, this time dia akan buat apa sahaja
tanpa fikirkan rasa sakit walaupun sakit still lagi nak buat dan masih mencuba. Masa start berjalan berapa kali jatuh tapi lagi masih bangun untuk mencuba. Main buka almarilah pintulah tangan tersepit pulak nangis kejap then buat lagi. Zaman childhood kita dulu
pun main basikal jatuh banyak kali masih belum serikkan. Belum lagi yang jatuh
pokok, sungai dan macam2 lagi so sebab itulah kanak-kanak digelar "overdose
vitamin" kanak-kanak ribenakan waktu ni kerana waktu ini kanak-kanak membina kekuatan tubuh badan.
Sikap mereka yang never give up harus dicontohi juga dan waktu ni parent harus ambil peluang menyuruh melakukan perkara yang mendatangkan kebaikkan buat
mereka kerana waktu inilah mereka berupaya dan berkeinginan mencuba sesuatu. Contohnya
aktiviti berkuda, memanah dan berenang kerana ia merupakan aktiviti sunnah
Rasulullah saw. Berenang adalah aktiviti riadah sunnah kerana
memerlukan kekuatan tangan dan kaki untuk sprint swimming. Kita juga boleh bawa mereka
bermain di padang seperti playground di mana aktiviti luaran seperti ini memberi
kita peluang untuk melihat kecenderungan, potensi dan kebolehan anak-anak kita.
Berbalik artikel Puan Lina Karim
memang ramai ibu bapa sangat protective. Ada ibu yang tersangat protective akan
mengikut seperti ‘Mak Guard’ yang jadi pengawas kemana saja anak mereka
pergi. Mereka sangat ‘menjaga’ anak
mereka. Perkataan popular di taman permainan adalah “jangan..nanti jatuh” selalu berlegar setiap hari.
Inilah yang menyekat keupayaan kanak-kanak dari meneroka dunia dan kita pula tidak akan
tahu kebolehan, keupayaan serta potensi mereka.
Teringat zaman kanak-kanak aku
dahulu jika bermain memang tak hengat panjat pokok ceri jatuh patah tangan
masih tak serik. Penah skirt tersangkut pada pokok dan masa kedudukan macam
monyet bergayut atas pokok rasa malu bila terpaksa panggil orang dewasa turunkan
tapi masih tak serik.Panjat tingkap then tergelincir berjahit tangan tapi masih tak serik2. Dulu balik sekolah terus keluar main then pegi ke mana2
pun tak bagitau ma, ma pun kadang2 tak risau sangat sebab tahu anak akan
balik. Berbeza zaman sekarang mak atau ayah kena jadi guard lah pantau
anak-anak main kena lebih protective almaklumlah bermacam-macam kes kanak-kanak hilangkan.
Kalau dulu kebanyakkan ibu adalah suri rumah sepenuh masa yang sentiasa sibuk menyediakan keperluan anak-anak hingga tiada masa untuk menemani anak-anak setiap kali dibenarkan keluar bermain. Cuma pesannya, “Main baik-baik, jatuh jangan nangis nanti ma anta hospital terus biar doctor inject”. So kalau jatuh bangunjerlah lap jer pasir yang melekat tu then main balik nanti kalau bagitau ma atau abah lagi tambah sakit sebab suruh doctor inject hahah, memang kelakar bila dikenang semula. Rasanya kanak-kanak zaman sekarang tidak berpeluang melakukan seperti itu sebab ibu bapa sentiasa berada depan mata. Kannnn.....
Kalau dulu kebanyakkan ibu adalah suri rumah sepenuh masa yang sentiasa sibuk menyediakan keperluan anak-anak hingga tiada masa untuk menemani anak-anak setiap kali dibenarkan keluar bermain. Cuma pesannya, “Main baik-baik, jatuh jangan nangis nanti ma anta hospital terus biar doctor inject”. So kalau jatuh bangunjerlah lap jer pasir yang melekat tu then main balik nanti kalau bagitau ma atau abah lagi tambah sakit sebab suruh doctor inject hahah, memang kelakar bila dikenang semula. Rasanya kanak-kanak zaman sekarang tidak berpeluang melakukan seperti itu sebab ibu bapa sentiasa berada depan mata. Kannnn.....
Ada buruk baiknya jika diberi
kebebasan kanak-kanak bermain seperti kita dahulu. Pengalaman bermain tanpa
pengawasan seperti itu membuatkan kita bebas melakukan aktiviti dan apa sahaja and non stop
bila bermain sakit sikit jer masih bermain. Keburukannya adalah, kita belajar
untuk menyembunyikan perkara dari ibubapa kita. Walaupun akhirnya mereka tahu
jua namun perbuatan seorang anak menyembunyikan kesakitan mereka adalah satu
petanda yang tidak baik. Lebih-lebih lagi di zaman sekarang. Di zaman cabaran
di mana jika kita tidak menjadi kawan mereka, masyarakat luar akan menjadi kawan
mereka pula. Maka, jangan terlalu melarang apa yang mereka mahu mencuba.
Maklumkan risikonya dan suruh mereka berhati-hati jika mahu melakukan.
Di sini boleh dirumuskan reaksi
dan kata-kata ibu bapa jika anak mereka terjatuh, atau terhantuk dan sebagainya
ketika keluar bermain. Bayangkan mereka mengatakannya dengan memek muka dan
lenggok badan kerana kanak-kanak bukan
hanya mendengar, mereka juga melihat cara kata-kata itu dikeluarkan dari mulut
kita. Ada 3 senario disini jika anak jatuh :
Buatlah lagi! Kalau jatuh nanti
mama tambahkan sakitnya.. (anak cuba menyembunnyikan kesakitan akan datang)
Haa.. kan dah kena dah tu! Tulah
mama dah kata jangan buat, tapi kenapa pegi buat juga? (anak tidak termotivasi
lagi untuk mencuba. Terlalu banyak pengalaman ibu menyebut jangan, dan setiap
kali mereka lakukannya ditimpa musibah (kata-kata ibu adalah doa), menyebabkan mereka menukarkan perkataan
‘jangan’ dilakukan kepada ‘mustahil ia boleh dilakukan.
Sakit ke? Allah jadikan anak mama kuat.
Alhamdulillah. Semua perkara perlu latihan. Takpe lain kali hati-hati ya.
Sepatutnya ibu no 3 menjadi aspirasi buat ibu bapa zaman
sekarang
Sebab utama harus menjadi ibu no.
3 adalah kerana tidak mahu mereka melakukan apa yang kita lakukan dahulu iaitu
menyembunyikan kesakitan mereka. Aku mahu jadi kawan, teman, pemberi semangat
dan juga orang yang pertama mereka pilih untuk mengadu jika mereka mempunyai
apa-apa kesakitan atau masalah.
Gambaran lukisan semangat seekor kucing ingin tahu dan mencuba...hehehe
Mungkin
kerana amalan ini juga menyebabkan mereka sangat lasak hingga mereka digelar
kanak-kanak "overdose vitamin". Apa pun bagi aku kerana cara inilah
yang menyebabkan tubuh dan pancaindera mereka kuat. Bukan mudah melahirkan
seseorang yang sentiasa bersikap positif. InsyaAllah dengan cara menguruskan
mereka ketika bermain akan menanam dan membina sikap positif dalam diri
anak-anak kita kelak insyaAllah.
Ulasan