Doa Agar Ahli Keluarga Kembali Ke Pangkal Jalan


Allah SWT sedang menguji keimanan dan kesabaran anda ketika ini. Jangan cepat mengalah dan pasrahlah terhadap ujian-Nya kerana sabar itu separuh daripada iman. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan selepas solat dibaca agar suami atau isteri yang telah melampaui batasan kembali kepangkuan anda. Baca sekurang-kurang 3 atau 7 kali setiap kali solat sambil mengharapkan Allah SWT memberi hidayah kepada anda dan pasangan anda. Semoga memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin..


Surah Ali Imran Ayat 200

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Ulasan

ehhhh ayat yang bawah tu macam pernah dengar ditujukan oleh Rasullulah kepada seseorang... kalau tak salah Syaidina Muawiyah, Raja Islam pertama...
Travelog MY berkata…
Semasa awal-awal lepas kahwin, ada Ayah saya juga ajarkan doa ini supaya saya amalkan, terutamanya kepada ahli keluarga yg belum masuk Islam. :)
Akula berkata…
Alhamdulillah siti berjaya mambawa husband sbg saudara baru Islam kan

Catatan Popular