Langkau ke kandungan utama
HypnoParenting Dan Alpha Learning Bagi Mengatasi Masalah Ibubapa
Pernah
tak dengar tentang "Hypnosis"? Ada yang mengatakannya sebagai perbuatan
pukau. Err.. bagus juga kalau kita ibubapa boleh pukau anak kita untuk
jadi baik dan mendengar kata kan? Suruh mengaji dia mengaji, suruh
belajar dia
belajar, suruh kemas dia kemas.... jadi macam robot la pulak dah.
Ramai
yang salah anggap tentang
Hypnosis ini dimana sebenarnya ia adalah pengaruh fikiran bawah sedar
dengan menggunakan teknik tertentu. Jom belajar teknik hipnosis ini
bersama Puan
Nabila Shila, seorang Hipnotis dan hipnoterapis bertauliah daripada Institute for Advanced Neuro-Research and Education, New York. Beliau
juga adalah graduan The International Society of Neuro-Semantics (ISNS), USA dalam Neuro Linguistic Programming, Neuro Semantic (NLP-NS),
Time Line Therapy dan Accessing Personal Genius (APG).
Jika
anda seorang yang seperti saya, suka
menggali ilmu parenting, jemputlah ke seminar satu hari ini. Ilmulah
yang boleh mengeluarkan potensi sebenar seorang kanak-kanak atau
menghidu bakal
masalah sebelum masalah itu timbul lagi.
Mereka
hanya sekali sahaja zaman kecil bersama
kita. Apa yang kita tanam dari kecil itulah yang akan dibawa hingga
dewasa. Cara kita bercakap dengan ilmu dan tanpa ilmu tentu sekali
berlainan.
Sebab itu, lebih banyak ilmu, lebih baik! Tanpa sedar, ilmu
parenting/ilmu dan cara berkomunikasi ini diperhatikan oleh anak kita
untuk digunakan bila
mereka dewasa.
Seperkara
lagi, tiada guna kita punya ilmu parenting yang banyak tetapi masa
kita bersama anak tiada. Masa dan ilmu itu kedua-duanya penting. Sebab
itu di seminar ini saya gabungkan penceramah dengan bidang masing-masing
bagi memberi lebih makna dan kesan kepada setiap ibubapa yang hadir.
Untuk maklumat lanjut tentang
Seminar HypnoParenting dan Alpha Learning ini, boleh layari http://daftar.mindasupermom.com/pendaftaran/
Ulasan