Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Untuk contest Petua dan Herba Kongsibersamanora aku pilih dua jenis tumbuhan iaitu bawang putih dan bawang merah sebab apa, kerana dua jenis tumbuhan inilah yang kita guna setiap hari untuk memasak kan. Tratang...tratang di dapur bising menumbuk bawang untuk menumis buat sambal bagai dan segala resepi yang menyelerakan. Dan dua bahan ini sangat mudah didapati ia juga dibeli dengan banyak. Pokok bawang ini pulak memang senang tumbuh. Kalau dibiar lama ia akan jadi berakar kemudian berdaun. Jadi dari dua jenis bawang ini kita boleh jadikan penawar rawatan pelbagai penyakit.
Bawang putih biasa kita gunakan dalam masakan kalau kurang kadang-kadang masakan agak kurang "kick" bila goreng aroma baunya mampu menambah selera nak makan. Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623
kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g),
protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1)
(0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7
mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535
micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg),
zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401
mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah
seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).
Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia. Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.
Umum mengetahui khasiat bawang putih yang berfungsi sebgai penawar rawatan penyakit:
Mengurangi Tekanan Darah
Mengurangi Kolesterol
Mengubati Masalah Pernafasan
Diabetes
Menyembuhkan Infeksi Kulit
dan sebagainya. Namun terdapat dua jenis petua yang kami sekeluarga amalkan menggunakan bawang putih ini iaitu
a. sakit gigi
” Bismillahirrahmanirrahim. Subhana manihtajaba bijabaruuthi ‘an kholqihi fala ‘aina taroo hu ladhiddunn wala Niddun siwahu ” 7x
Caranya : sediakan bawang putih, kemudian bawang putih tersebut dibakar setelah itu dibacakan do’a tersebut kemudian dikunyah di gigi yang sakit atau boleh juga dibacakan pada air garam kemudian dibuat kumur-kumur
b. ubat batuk
Ini merupakan remedi turun temurun caranya. Sediakan teh suam kemudian kupas dua ulas bawang putih hiris dua bahagian masukkan ke dalam teh campurkan madu. Anak umur setahun ke atas pun boleh cuba jika mereka batuk. InsyaAllah berkesan. Bawang putih ini juga boleh buat minyak bawang putih untuk buang kahak bayi caranya kukongsi di sini
Bawang Merah
Bawang merah nie memang best kalau letak banyak sikit dalam tumisan untuk buat nasi goreng kann. Khasiat bawang merah ini antaranya menyembuhkan masalah sembelit, melindungi jantung, mengawal diabetik, mencegah kanser dan sebagainya.
Jadi antara petua dilakukan menggunakan bawang merah yang ingin aku kongsi ialah dalam merawat penyakit asma, bronkitis, batuk dan masalah paru-paru. Ia merupakan petua tradisional turun temurun. Alhamdulilah anak kawan aku menggunakan petua ini berkesan dalam merawat masalah asma anaknya sebab asma anaknya semakin kurang terjadi jika sebelumnya agak kerap anaknya terkena asma. Cara menggunakan petua ini ialah:
Sediakan 1/2kg bawang merah (ini penggunaan yang banyak sebab boleh disimpan kerana boleh dijadikan amalan setiap hari bagi yang ada masalah tersebut)
2 cawan air gula merah
2 biji lemon
7 sudu besar madu
Cara membuatnya bawang dihiris kemudian dimasukkan ke dalam air gula merah dan kacau. Jerang bahan ini atas api yang kecil sambil itu masukkan perahan jus lemon dan campurkan madu kacau hingga sebati. Letakkan dalam botol yang tertutup dan biarkan semalaman. Jadi cara makan pula untuk dewasa satu sudu besar sebelum makan manakala kanak-kanak satu sudu kecil sebelum makan setiap pagi.
Harap dapat mencuba petua yang aku kongsi ini dengan dua jenis tumbuhan yang sangat mudah didapati sebab kebanyakkan memang ada tersembunyi di dapur masing-masing kan. Sebab ia adalah penggunaan harian. Macam cerita "bawang merah bawang putih" pulak masing-masing ada kelebihannya selain menyedapkan masakan. Jadi selamat mencuba.
3 Entri Menarik untuk dibaca
* "Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"
* Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine MazlindaShop AdamJTanOfficial ByPuji BeeVenomMalaysia AlphaLipidMalaysia ByHawaOrked BabyZoomersShoppe NadiaSecret ZieFauzi NorfaNil KhairulZamri Annisabiz

Ulasan
nota. Sila baca kembali syarat2 penyertaan dan isikan mana yang tertinggal ya sis. Terima kasih
all d best and gd luck
Semoga berjaya dengan contest Petua dan Herba Kongsibersamanora.
Bawang pun banyak khasiat ye. Good luck utk contest ni.