JBT Sebagai Pakej Pelancongan PILIHAN Ke Jepun


"Siapa yang nak pergi Jepun angkat tangan?" "Saya..saya..!". Kalau soalan ini cikgu-cikgu utarakan masa zaman belajar dulu memang bertalu-talu tangan mengangkat menyebut saya..saya..kan tambah kalau percuma, jangan kata ke Jepun air kotak pun berebut-rebut anak murid angkat tangan. Penat cikgu nak mengira hehehe.Tapi kalau pergi mana-mana "free" nanti jadi pulak macam gambar di bawah nie hihihi...



Aku rasa semua orang bekeinginan mahu ke Jepun. Sebuah negara yang maju, cantik, bersih, masyarkatnya berdisiplin dan bersemangat itu yang aku dapat gambarkan mengenai Jepun. Bagaimana mereka mengorak langkah dengan maju sebegini selepas dari Perang Dunia Ke 2. Tengok sajalah masa gempa bumi Tsunami sebelum ini, masyarakat Jepun masih beratur ambil makanan. Duduk tersusun di tepi tangga tunggu "train" tiba, tidaklah berebut-rebut masih tenang tidak kelam kabut mereka memahami hak orang lain, mereka cuba sedaya upaya mahu bantu orang yang susah, meskipun mereka pun tengah susah, itu yang buat aku sangat kagum dengan orang Jepun nie. 



Jadi mesti semua orang berimpian ke Jepun mahu menelaah budaya orang Jepun yang unik ini. Aku kalau dapat ke Jepun benda pertama aku akan cari kedai daiso mahu cari alatan buat bento anak. Mesti banyakkan variasi yang comel-comel.


Jadi kalau korang bukan jenis "alone traveller" macam backpaker dan malas nak buat "itinerary" bagai macam kena cari hotel, lokasi makanan halal, masalah bahasa nippon lagi, jadi aku cadangkan ambil pakej. Oleh itu pakej terbaik yang aku rekomen buat korang  ialah Japan Budget Trip (JBT). Mengapa JBT? Meh baca stori aku di sini. Bagi yang sudah ke Jepun guna "trip package" nie mesti sudah tahu bagaimana bagusnya servis 'tourist guide' JBT, tentang cara group JBT bekerja  dan melayani "client" nya. JBT mula beroperasi sejak 2013 kalau mahu detail tentang JBT boleh layari blog http://ayaharif.blogspot.com/

Sebab utama JBT adalah pakej terbaik yang menjadi pilihan pelancongan ke Jepun kerana:

1. Pakej JBT Berpatutan dan Menjimatkan

Banyak pakej yang yang aku servey untuk trip ke Jepun kebanyakkan dalam linkungan RM2500 hingga RM4000 ada yang menjangkau sehingga RM6000 per pakej  bergantung pada "itinerary" pakej. Tetapi dengan JBT tidak sampai RM2000 dalam RM1990 sahaja  per pakej termasuk penginapan, pengangkutan, "guided" dalam bahasa Jepun dengan Takaful lagi ianya  sangat menjimatkan jadi wang saku bajet untuk percutian ke Jepun boleh kita "spend"  untuk perbelanjaan makan-minum dan untuk beli cenderahati atau apa sahaja yang berkenan di hati sebab  alang-alang dah sampai di Jepunkan. Jadi melancong dengan JBT kosnya lebih murah dan menjimatkan tanpa pening kepala dengan "train" lagi dan bahasa Jepun. Tetapi dengan pakej JBT kemudahan pengangkutan di Jepun termasuk dalam pakej iaitu "Train", "Subway", "Shinkansen" dan "Airport transfer".
 
2. 'Tour Guide' JBT Fasih Berbahasa Jepun

Jika kita mahu pilih pakej sebolehnya dapatkan 'tourist guide' yang boleh berbahasa Melayu dan jangan pilih yang tidak pandai cakap bahasa Melayu kerana sukar kita nak tanya apa-apa jika ada masalah. Sebab kadang-kadang ada 'tourist guide', mereka cakap Inggeris agak berterabur jadi susah kita nak paham. Jadi macam JBT mereka memang fasih berbahasa Melayu dan Jepun. Lagipun mereka pernah tinggal di Jepun selama 4 tahun kerana belajar di sana. Jadi tiada masalah untuk dapatkan makanan halal atau mencari tempat membeli-belah di Jepun kerana masalah komunikasi sudah tiada halangan sebab ada "translator", ini kerana orang Jepun sememangnya kurang fasih berbahasa Inggeris jadi macam kita pulak, terutamanya aku yang bukan paham sangat bahasa Jepun nak "speaking" apatah lagi, kalau setakat haipp...haipp, konichiwa dan sayonara bolehlah :).


3. 'Tour Guide' JBT Berpengalaman Luas

Tour guide JBT pernah menetap di Jepun selama 4 tahun. Jadi mereka berpengalaman mempunyai ilmu mendalam tentang sejarah Jepun dan budaya masyarakat Jepun.

Pakej JBT ini berkonsepkan "travel" untuk famili dan "trip" bersama group. Anda bukan sahaja dapat melawat tempat pelancongan yang terdapat di Jepun, malah 'tour guide' JBT akan bercerita dan berkongsi pengalaman tentang budaya dan gaya hidup masyarakat Jepun. Banyak testimonial yang pernah pergi Jepun dengan 'tour guide' JBT mengatakan pakej JBT sangat fleksible dan berkonsep santai serta terurus. Pelancong tidak perlu terkejar-kejar dengan jadual percutian kerana JBT telah menyusun pakej Jepun ini mengikut kesesuaian dari segi lokasi dan masa.

Dengan menggunakan pengangkutan awam, gaya hidup masyarakat Jepun lebih mudah dilihat dan ini sangat menarik. Pelancongan yang berbaloi adalah bukan sekadar melawat tempat menarik (attraction) dan menangkap gambar, malah mengetahui sejarah dan budaya masyarakat di situ serta belajar perkara baik yang dapat dicontohi untuk dibawa pulang ke negara asal kita.


4. Medium Pengantaraan Seperti Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram Sebagai Informasi

Penggunaan media sosial sebagai pengantara memudahkan lagi pertanyaan tentang pakej yang ditawarkan oleh JBT. Group JBT terdiri daripada Tuan Rafidi yang merupakan penaung JBT bersama beberapa rakan-rakannya, mereka sangat ramah, mesra orangnya dan tidak sombong. Segala permasalahan dan pertanyaan mereka akan jawab dengan pantas. Ini kerana mereka menganggap "client" adalah suatu prioriti buat mereka yang harus dijaga perasaan mereka. Biasalah kadang-kadang orang bila dah "excited" nak tahu sesuatu mesti mahukan jawapan dengan serta-merta di samping servis yang pantas. Oleh itu aku rasa korang tidak perlu ragu-ragu dengan JBT kerana yang pasti servis mereka sangat efisyen dan terbaik.

5. Jadual Perjalanan Pakej JBT Sangat Menarik

  sumber: ayaharif.blogspot.com

Dengan tawaran pakej yang mampu milik JBT menyediakan jadual perjalanan yang menarik yang pasti buat kita terkenang-kenang memori indah sepanjang berada di Jepun hehe. Jadual perjalanan yang disusun oleh pihak JBT sangat santai dan relaks. Mereka yang pergi dengan pakej JBT tidak perlu kelam kabut kerana jadual perjalanan yang disediakan sangat sistematik dan tersusun. Pihak JBT sanggup beri masa tambahan jika ingin bershopping lebih lama. Mereka memberi cadangan tempat makanan halal yang "best" kemudahan komunikasi lagi, jadi pakej JBT sangat mantopp.

Antara jadual perjalanan pakej pelancongan yang disediakan JBT:-



 sumber: ayaharif.blogspot.com

JAPAN BUDGET TRIP 2015 (SNOW & SAKURA) - from R1,990
JAPAN BUDGET TRIP (JBT) 2015 : SNOW & SAKURA*
(27 March - 1 April 2015)


Price:
-RM1,990 per person (group reservation with minimum 3 person)
-RM2,090 per person
-Additional RM200 if via Narita Airport

Price include :-

-Accomodation (Sharing basis)
-Transport (Train, Subway, Shinkansen & Airport transfer)
-Guide (Malay, English & Japanese speaker)
-Takaful

Price NOT include :-
-Airline ticket
-Meal
-Tokyo Disneyland Ticket
-Other entrance fee

Tentative Itinerary (Haneda Airport)
Day 1 : Arrived at Haneda Airport. Airport transfer to hotel
Day 2 : Tokyo Free & Easy
Day 3 : Tokyo Disneyland
Day 4 : Day Trip to Gala Yuzawa (Ski Resort/Shinkansen)
Day 5 : Day Trip to Karuizawa Shopping Plaza (Shopping Plaza/Ski Resort/Shinkansen ride)
Day 6 : Tokyo : Free & Easy & Airport transfer via Haneda Airport

Tentative Itinerary (Narita Airport)

Day 1 : Arrived at Narita Airport. Airport transfer to hotel. Tokyo Free & Easy
Day 2 : Tokyo Free & Easy
Day 3 : Tokyo Disneyland
Day 4 : Day Trip to Gala Yuzawa (Ski Resort/Shinkansen)
Day 5 : Day Trip to Karuizawa Shopping Plaza (Shopping Plaza/Ski Resort/Shinkansen ride)
Day 6 : Airport transfer via Narita Airport


Tahun 2015 JBT menawarkan pakej ke Kansai maklumat lanjut boleh lihat di http://ayaharif.blogspot.com/2014/11/japan-budget-trip-jbt-jom-ke-kansai.html
 



6. Review Dari Pelanggan JBT

Antara beberapa review menarik daripada mereka yang telah pergi ke Jepun menggunakan pakej JBT





Review dari blogger ima.. http://www.therafim.com

Review dari fan page Japan Budget Trip-JBT

 

Jadi kesimpulannya jika ada kesempatan pergilah melancong. Bawalah keluarga menikmati keindahan panorama bumi ciptaan Tuhan. Bumi Jepun adalah salah satu tempat tercantik untuk kita merakam detik-detik dan kenangan yang dapat diabadikan pada masa hadapan.

Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (surah Al ‘Ankabut, ayat 20).


Jadi jika ingin ke Jepun dengan JBT, hubungi je Japan Budget Trip. Maklumat untuk hubungi:-
Fb : https://www.facebook.com/japanbudgettrip
Email : japanbudgettrip@gmail.com
Whatsapp : 013-3417178
Instagram: @japanbudgettrip
twitter : www.twitter.com/japanbudgettrip
  


Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie
  8. Eats
  9. MyEdu
  10. Hotel Jen Puteri Harbour
  11. Hotel MidTown Richardson


Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan
  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

 


Ulasan

Catatan Popular